CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Friday, June 18, 2010

KETAM

Adus..... dari pagi semalam sampai hari ini asik teringat kan masakan ketam...emmm yummy nya...Makan ketam kena ada kesabaran... maklum kalau makanan yang sedap ni, sememangnya tuhan bagi kita cabaran sedikit memakannya...takut kalau kita makan dengan gelojoh..akan tercekik.

Tiba tiba saya teringat pernah berbuka puasa salah satu menunya ketam masak sambal... bila teringat semula rasa meleleh air liur... macam ibu-ibu mengandung pulak... tapi saya kalau musim mengandung... usahkan nak makan makanan air liur pun tidak boleh telan. Teruk betul alahannya. Masuk bulan ke empat mengandung baru ok... begitu lah ibu-ibu alahan ni...

Berbalik kepada jenis ketam ni... pernah jadi kemuskilan selain ketam biasa (ketam bunga) ada ketam nipah ni boleh di makan? sebab ada yang kurang faham, ketam nipah dan ketam batu mereka ingat sama, setelah mengkaji ketam nipah halal di makan sebab dia bukan spisis dua alam. Ketam batu ialah spisis dua alam yang katanya haram di makan oleh orang islam. Lagi pun ketam nipah dan ketam batu warna dan bentuknya juga tidak sama.

Mari kta perhatikan rupa jenis ketam ketam ni...

Ketam Bunga

Ketam Nipah Betina


Ketam Nipah Jantan (Lebih Mahal dan Warna nya Lebih Merah)

Ketam Batu (Dua Alam)