CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Friday, July 23, 2010

MASIH CERITA DI HOMESTAY












Sekali lagi aku dan kawan-kawan opis dan 4 orang anak ku berkunjung ke Homestay ini. cuma anak ku k long je tak turut serta...sedih sikit.. harap-harap yang akan dtg kami akan bersama.. Kedatangan kami pada kali ini bagi membincangkan hari keluarga opis yang akan di adakan pada 30 dan 1hb Ogos ni. Sambil membincangkan perkara tersebut kami menghabiskan masa berehat dan bersantai di tepi pantai yang udara dan permandanganya yang indah. Lihat lah bertapa..indahnya kejadian tuhan....

Friday, July 9, 2010

HOMESTAY BERSAMA KEKAWAN KAT KUALA SUNGAI BARU








Baru-baru ni aku dan beberapa orang kawan pegi ke PD dan terus ke Melaka membuat servey untuk hari keluarga Dept kami, baru pertama kali aku bawa Exora bersiar-siar dengan kekawan pinjam opis punya. Dari PD ada dua tiga tempat pusat peranginan yang kami servey sehingga lah ke Melaka di Homestay kawan Tags aku. Homestay kawan Tags kami ini bertempat di Kuala Sungai Baru Melaka 30 minit dari PD - Kami sangat-sangat teruja dengan keindah dan nyaman berhapiran pantai. Angin pantai yang sepoi-sepoi membuatkan kami singgah di situ sampai malam, best sangat layanan yang di beri oleh sepasang pemilik Homestay tersebut En Raman dan Pn Rose.

Kami di ajak melawat dalam dan luar kawasan Homestay mereka sampai lah ke tepi pantai depan Homestay tersebut. Apa lagi kekawan aku bagai tak pernah jumpa pantai, kawan-kawan aku di ajar bagaimana mencari remis di gigian air di pantai tersebut. Setelah agak banyak kami kumpul Pn Ros membawa ke Homestay untuk di masak.

Apa lagi lah kekawan aku sekali lagi teruja dengan keenakkan remis yang masih segar. Tiba-tiba kami bercadang ingin datang semula untuk bercuti dan bermalam di situ. Bercadang nak ajak lebih ramai kekawan dan kawan Tags bersama...bestnya santai setelah penat bekerja.