CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, October 31, 2013

SEABUCTHORM MENYELESAIKAN MASALAH KESIHATAN YANG PALING KRONIK

Sejarah Seabuckthorn (Hippophae rhamnoides)

Seabuckthorn merupakan salah satu tumbuhan yang tertua di bumi berusia lebih dari 65 juta tahun yang hidup subur dipergunungan Mongolia , lebih banding dengan ginkgo dan tumbuhan pakis.Ia sejenis tumbuhan yang tahan lasak yang mampu bertahan di bawah keadaan cuaca yg ekstrem dan ketandusan air. Seabuckthorn merupakan sumber biologi yang mempunyai nilai manfaat tinggi berbanding dengan banyak jenis tumbuhan berbatang besar dan semak. Mempunyai keistimewaan seperti adaptasi persekitaran yang luas dan mampu memperbaiki persekitaran hidup.
Tumbuhan Seabuckthorn tahan angin, batangnya tumbuh ke atas dengan duri yang panjang, oleh kerana itu disebut sebagai tumbuhan duri. Seabuckthorn sangat dikenali di seluruh dunia, terutama di benua Eropah dan Asia, penyebaran paling luas di Cina. Buah Seabuckthorn adalah sejenis buah yang tumbuh liar, tidak bertoksin, tidak berbahaya, tidak tercemar udara dan kaya dengan nilai gizi. Seabuckthorn telah digunakan sebagai Ubatan Tradisional di Negara China, Mongolia & Tibet lebih daripada 2000 tahun. Suku Mongolia dan Tibet menganggap Seabuckthorn sebagai “Buah Suci” dan digunakan sebagai ubat tradisional. Pada tahun 1977 Seabuckthorn secara rasmi berdaftar dalam “Kitab Ubat China” dan menjadi bahan ubat yang ditetapkan secara undang-undang di China.Ia juga disenaraikan dalam "Pharmacopoeia of the people's republic of china" pada tahun 1977.Ia juga memelihara alam sekitar dengan mengelakkan hakisan tanah.
Menurut fakta-fakta sejarah, Kublai Khan, Maharaja Dinasti Yuan, mengambil seabuckthorn sebagai supplement kesihatan. Walaupun berusia 80 tahun, baginda masih seorang penunggang kuda dan pemanah yang hebat. Terdapat pelbagai rekod manfaat seabuckthorn dalam pelbagai rujukan yang bertarikh sehingga 2000 tahun dahulu, seperti Yue Wang Yao Zheng, 4 category medical code.Mi Jue Bu, Ri Yi Shu, Jingzhu Benchao, Ganlu Benchao, Lan Liuli dan sebagainya. Angkasawan Rusia juga mengambil seabuckthorn sebagai makanan supplement. Ia telah menjadi asal usul jenama Yuhangren.
Banyak kajian membuktikan bahawa Seabuckthorn merupakan sejenis makanan yang mempunyai pelbagai jenis vitamin, mikro-nutrien, asid amino dan zat fisilogis.

Buah Seabuckthorn mengandungi carotene dan lutein dalam jumlah yang besar, juga kaya dengan vitamin A, B, C, E, K, dan D. Vitamin C dan E merupakan komposisi penting di dalam minyak Seabuckthorn sebagai antioksida yang berguna menangkal radikal bebas. Buah Seabuckthorn mengandungi kira-kira 0,5% lemak fosfat, termasuk lecithin dan copnalin. Komposisi ini bekerja meningkatkan metabolisme sel, melindungi hati daripada peradangan atau bengkak dan perlemakan.
Antara manfaatnya:
Memberi gizi pada lubang dan limpa
Menetapkan fungsi saraf dan saluran pencernaan
Melindungi jantung, limpa, hati, paru-paru & sumsum tulang
Membantu sistem pencernaan
Menghilangkan radikal bebas
Mencegah penyakit jantung koroner, diabetes, hipertensi, stroke, angina pectoris, arterosklerosis, penyakit jantung kerana kekurangan darah.
Meningkatkan fungsi pembuatan darah sel-sel darah
Menurunkan lemak darah dan tahap kekentalan darah
Menetapkan fungsi imm unitas tubuh
Meningkatkan fungsi membran mukus saluran pencernaan
Menghilangkan keradangan, mengubati sakit panas, luka bakar, hakisan leher

Penyelidikan dan pembangunan oleh SNE Yuhangren selama 10 tahun mendapati bahawa seabuckthorn berpotensi tinggi untuk menjadi makanan tambahan manusia pada abad ke-21 ini. Minyak biji seabuckthorn memiliki kesan antibakteria dan antikeradangan yang mampu menangkis radikal bebas dan elemen berbahaya. Buah seabuckthorn mengandungi pelbagai nutrient dan nilai perubatan yang tinggi. Ia bukan sekadar mengandungi lebih kurang 190 jenis kandungan aktif biologi yang memanfaatkan tubuh badan manusia, tetapi ia menjangkaui tindakbalas sains yang rasional. Kandungan flavonoid dalam buah seabuckthorn juga lebih tinggi berbanding daun gingko, manakala kandungan ß-karotena dan vitamin E-nya turut lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. >> Pokok renek yang tumbuh pada penara dengan ketinggian 1,500 meter di atas paras laut. >> Tumbuhan liar yang mempunyai manfaat fungsi perubatan dan pemakanan serba guna dengan daya hidup yang ekstrem. >> Merupakan buah yang paling masam di dunia dengan kandungan vitamin C-nya 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi >> Setiap 100g jus seabuckthorn mengandungi 825-1100mg vitamin C >> Padat dengan lebih daripada 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai jenis asid amino. >> Diiktiraf oleh komuniti akademik sebagai "Pembela kesihatan manusia abad ke-21"

Manfaat perubatan

>> mengurangkan tahap kolestrol, melegakan angina dan mencegah aterosklerosis arteri koronari >> menyingkirkan kahak, melegakan batuk dan asma dan merawat bronkitis kronik >> merawat ulser peptik dan duodenal serta ketakcernaan
>> memberikan kesan terapeutik yang hebat untuk kecederaan akibat luka terbakar, lecur, luka dan ketipan ibun. >> anti-keradangan, menggalakkan pemulihan tisu >> digunakan untuk melegakan masalah alergi, penyakit hati, penyakit neuron otak dan kanser. >> mencegah penuaan, penyakit jantung, asma dan gangguan bronkus >> mengkhasiatkan otak dan meningkatkan kecerdasan minda >> menangguhkan proses penuaan dan sesuai dijadikan bahan produk penjagaan kulit
Sumbangan seabuckthorn kepada manusia sejagat

Sejak 1961 sehingga hari ini-USSR dan angkasawan China telah menggunakan seabuckthorn sebagai supplemen untuk menghalang kesan berbahaya daripada sinaran.
1977 – Kementerian Kesihatan China Republik Rakyat ditambah seabuckthorn ke dalam Pharmacopoea Republik Rakyat China.
1988 – Pembentukan daripada ICRTS (Pusat Penyelidikan dan Latihan seabuckthorn).
1989 – Yang pertama Seabuckthorn Simposium Antarabangsa (ISS) di Xian, China.
1993 - ISS 2 di Novosibirsk, Siberia,
1999 – Pembentukan ISA (Persatuan antarabangsa seabuckthorn) untuk menggantikan ICRTS.
2003 – Persidangan 1 ISA telah diadakan di Berlin, Jerman.
2005 – Persidangan ISA 2 telah diadakan di Beijing, China.
2007 – Persidangan ISA 3 telah diadakan di Quebec, Kanada.
2009 – Persidangan ISA 4 telah diadakan di Belokurikha, Rusia Persekutuan.
2010 – Persidangan ISA 5 telah diadakan di Xining, Qinghai Province, China.

Nota: Persidangan ISA adalah satu persidangan antarabangsa yang disertai oleh pakar-pakar dari lebih 20 negara-negara untuk membentangkan penyelidikan dan penemuan mereka mengenai kesan-kesan yang baik terhadap seabuckthorn.
>> digunakan sebagai perintang terhadap radiasi di angkasa lepas, dikenali sebagai jus buah-buahan angkasa lepas pertama >> salah sejenis makanan untuk angkasawan bekas Soviet Union >> mengawal penyejatan air dari tanah dan hakisan tanah, memulihkan persekitaran dan menguruskan kawasan bukit yang tandus >> diiktiraf sebagai "bahan yang paling berpotensi untuk berkembang dalam abad ke-21" >> dipilih sebagai minuman rasmi atlet-atlet Negara China yang menyertai Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988