CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, October 14, 2010

WALAUPUN CUBA DI PISAHKAN....


Walaupun perhubungan ini cuba dipisahkan...semakin kerap rindu menggamit.... semakin mendalam rasa kasih dan sayang.... terasa semakin dekat jodoh mengintai... begitulah Allah maha perancang apa yang di takdirkan Nya. Kalau itu sudah di tentukan Nya siapa kita untuk mengubah..dan tiada kuasa lain yang boleh menandinginya...

Sampai bila kita harus menjadi penderhaka... dan menidakkannya... ingat kita adalah di cipta Nya...jangan lupa asal kita....!!!

Sunday, October 10, 2010

ADAKAH KITA TERIMA QADA' DAN QADAR KITA?

Kehidupan ini adalah satu perjalanan menuju ke alam yang kekal abadi. Kehidupan umat Nabi Muhammad (SAW) ini juga tidaklah terlalu lama seperti umat-umat Nabi sebelumnya. Apa pun sepanjang perjalanan kehidupan ini sedar atau tidak telah di takdirkan oleh pencipta nya. Apa pun di hadapan kita ada Qada' dan Qadar nya... semua itu adalah rahsia Allah... cuma kita sebagai hamba hanya mampu meneka, berdoa supaya apa yang kita tempuhi mengikut keinginan kita dan kemampuan kita.

Ada sesetengah kita tidak boleh menerima Qada' dan Qadar nya bila kedua ini tidak mengikut kehendak hati dan kemampuannya... tidak kah kita di uji untuk mendapat balasan yang baik di alam yang kekal abadi itu. perkara ini membuatkan manusia tidak tenteram, goncang imannya dan sebagainya... sehingga ada yang sanggup membuat apa pun asal hati nya puas. Ada juga yang pendik fikirannya sanggup membunuh diri... Subhanallah... apa kah ini akhir kehidupan kita selepas bersusah payah ibu kita mengandung dan melahirkan kita... fikirkan lah...

Tidakkah Allah itu maha adil dan bijaksana... Dia tidak akan memberi kita ujian bukan dengan kemampuan kita..? Dia lihat bagaimana kita menyelesaikannya... adakah dengan sabar atau redho... ataupun mengalah... untuk mendapatkan keredhoannya... semua itu terletak atas bahu kita sendiri. Atau kita melenting, belasah orang..dan menyalahkan orang lain...untuk memuaskan hati kita... selami hati kita dan muhasabah diri.

Kadang-Kadang musibah juga berpunca dari kesalahan dan kelalaian kita sendiri...tetapi orang yang keras hati atau berpenyakit hati...ego dia tidak menerima ini semua seolah-olah dia lebih berkuasa dari tuhan... ada juga yang sanggup jumpa bomoh untuk mendapat kepuasan hatinya.. di mana Allah padanya ketika itu..

Belajarlah menerima apa yang telah di rancang oleh Allah " Kalau kita tidak dapat apa yang kita suka, Suka lah apa yang kita dapat".

Thursday, September 23, 2010

BAJU NIKAH KE BAJU MAKAN MALAM NI....?

Amal...
Ini kain boleh buat baju nikah ke baju makan malam....?
Heheheehe....
Cantikkan.... beli kat Maya Silk... tinggal nak buat je... tak la mahal sangat sepasang... belum sampai beribu2 pun.... kain lace nya baru RM250 semeter... kain chiffon dwi color RM39 semeter...Sesuai kan Mal?....

Friday, September 17, 2010

HARI RAYA 2010

Balik kampong..... hey... hey... balik kampung... berkumandang lagu Sudirman lagu balik kampong... aku dan anak-anak balik kampong ibu ku di Lekir. Meriah dan gembira sekali jumpa sanak saudara. Aku dan anak-anakku balik kampong pada hari Rabu sebelum raya tu selepas Magrib.

Ops... nnti sambung lagi cerita...

Tuesday, August 31, 2010

Rabbani | Syahadah

Monday, August 30, 2010

SERIMUKA DURIAN

Emmm...yummmyy....!

Pertama kali buat terus jadi.... syukur...
Sebenarnya dah lama sangat isi durian dua bekas aku beli... gemok-gemok isinya...konon nak buat kuah durian... rasa dah selalu sangat.. dan nak makan dengan apa... fikir punya fikir teringat kalau buat serimuka durian boleh kut... apa lagi balik tengahari ambil Alin dari sekolah terus beli pulut dan rendam.

Balik kerja petang terus di usahakan... ini lah hasilnya...memang best sangat...!!!..

Friday, August 20, 2010

BERIANI BERLAUK DAN SUP MERAH TULANG

Menjadi juga juadah berbuka semalam.... beriani berlauk, sup merah tulang dan ayam goreng tepung... penat2 balik kerja buat juga... kerana kesian kan dua orang anak aku tu...maklum..kalau makan tu memang kus semagat... bukan tidak boleh beli je... tapi kualiti masakan di luar agak tidak menjamin kan... pernah satu hari dalam sepanjang berpuasa ni...aku cuba beli sup ayam untuk anak aku...konon nak tambah-tambah juadah...kesian esoknya dua2 orang anak aku sakit perut... aku tidak kena sebab aku tidak menjamah sup masa tu... aku sebuk makan juadah yang lain...

Merungut menggunung... si Alin...