CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, September 29, 2011

MAJLIS BERTUNANG DAN BERAYA (110917)

Kelas...ko jah...! Cam artis tu...!


Apa nenek tutup mata tu...!

BERHARI RAYA DENGAN KAWAN-KAWAN TAG


Buka mulut..... best nya soto...

Wednesday, September 7, 2011

Aid 2011

Raya tahun ini tidak banyak berubah dari tahun lepas, sambutan masih bersederhana. Walaupun begitu raya kami tetap meriah. Pada aku sebagai ibu, lebih gembira bila melihat anak-anak gembira. "Ampon dosa selamat raya ma"...Akeym

Monday, June 6, 2011

MAJLIS MERISIK DAN BERTUNANG

Tanggal 4hb Jun 2011 adalah tarikh bersejarah dalam hidup anak perempuan sulung ku. Dia telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya.

Thursday, May 19, 2011

Lama dah aku tidak menjengok blog aku ni... tempat dimana aku meluahkan perasaan dan berkongsi idea...pagi ni aku dapat panggilan talipon dari anak sulung aku dari Arau Perlis..."Ma..Amal dah masuk dewan dah.." sedih hati aku mendengarnya... ya lah aku tidak dapat bersama nya pada hari yang bersejarah ni..


Adoi... jab gi sambung...








Tuesday, March 15, 2011

Seorang sahabat Nabi Saw yang bernama Wabishah ra datang dengan menyimpan pertanyaan di dalam hatinya tentang bagaimanakah cara membedakan antara kebajikan dan dosa. Sebelum Wabishah bertanya, cermin hati Nabi Saw telah menangkap isi hatinya. ” Wahai Wabishah, mau aku jawab langsung atau engkau utarakan pertanyaanmu terlebih dahulu?” Wabishah menjawab,” Jawab langsung saja, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda,” Engkau datang untuk bertanya bagaimana membedakan antara kebajikan dan dosa.” Wabishah berkata, “Benar.” Beliau Saw merapatkan jari-jarinya dan menempelkannya pada dada Wabishah, seraya bersabda “Mintalah pendapat pada hatimu dan mintalah pendapat pada jiwamu, wahai Wabishah. Sesuatu itu adalah kebaikan bila ia membuat hati tenteram, membuat jiwa tenteram, sedangkan dosa membuat kegelisah dalam hati dan kegoncangan dalam dada.(Mintalah pendapat pada hatimu dan mintalah pendapat pada jiwamu), meskipun orang-orang telah memberikan pendapat mereka kepadamu tentang hal itu.” ( HR.al-Darimi dari Wabishah ra )

Wednesday, November 24, 2010

HOBI TERBARU - KERANA KECOMELAN AKU TERPIKAT SEMULA

Koleksi Pertama - Geram aku..Koleksi Kedua - Sampai tak nampak mata, bulu terlalu tebal..
Dekat Kebun - Booking lagi... Ini pun...
Entah kenapa aku berjinak-jinak semula dengan binatang yang bersih lagi comel ni... walaupun pada mulanya aku tidak bersetuju dengan ajakan anak-anak untuk membelinya. Maklum kalau jenis baka yang baik dan cantik agak mahal harganya...jadi itu lah alasan aku...

Tapi setelah aku melihat gambar kawan aku pergi ke Kebun Arnab hati aku...terpikat dengan bermacam-macam jenis arnab yang tidak pernah aku lihat sebelum ini...aku mula tidak sabar untuk memelikinya. Masa ini tidak la pula aku fikir kan harga nya... aku dah mula nak buat koleksi.... terperanjat anak aku Alin...tiba-tiba je binatang ni dah ada kat rumah... suka sangat semua ana-anak aku....