Mula Dengan Nama Allah...
SALAM....
JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..
SPA MINDA
1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.
2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.
3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.
4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.
5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.
6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).
7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.
8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.
Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.
Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
SERIMUKA DURIAN
Emmm...yummmyy....!
Pertama kali buat terus jadi.... syukur...
Sebenarnya dah lama sangat isi durian dua bekas aku beli... gemok-gemok isinya...konon nak buat kuah durian... rasa dah selalu sangat.. dan nak makan dengan apa... fikir punya fikir teringat kalau buat serimuka durian boleh kut... apa lagi balik tengahari ambil Alin dari sekolah terus beli pulut dan rendam.
Balik kerja petang terus di usahakan... ini lah hasilnya...memang best sangat...!!!..
Posted by anna zue at 11:57 AM 0 comments
Friday, August 20, 2010
BERIANI BERLAUK DAN SUP MERAH TULANG
Posted by anna zue at 8:22 AM 0 comments
Thursday, August 19, 2010
BERBUKA PUASA BERSAMA BIHUN SINGAPORE
Ini lah hasilnya.... menu aku semalam...
Dah dua hari Alin minta mama buat bihun.... ha... dua kali tambah... budak comel ni..!!
Posted by anna zue at 5:08 PM 0 comments
Wednesday, August 18, 2010
PUASA
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah - Ayat 183).
Dari segi persiapan penyedian membali bahan untuk berbuka dan bersahur, semuanya aku buat sendiri... tak lupa persedian Raya juga. Adalah di tolong sikit-sikit oleh dua orang anak ketiga dan keempat aku, Am dan Alin. Itu lah ketentuan Allah, yang penting fikiran aku kena positif. Setelah 24 tahun, ini pertama kali aku tiada pembantu rumah. Mula-mula aku fikir anak-anak dah besar, tidak jadi masalah sangat tiada pembantu ini...tapi agak pincang juga peringkat permulaan. Sekarang agak bertenang sikit.
Aku tidak menyesal dengan apa keputusan yang aku telah buat, setelah bertahun-tahun aku memikirkannya. Untuk Apa aku hidup dalam tidak kepuasan hati dari berkongsi kasih dengan orang yang sudah tidak menyayangi aku... jadi aku pilih mengundur diri. Kalau di teruskan... tidak ada keadilan. Aku tidak mahu keadaan ini berterusan dan masing-masing menanggung dosa.... hidup di muka bumi Allah ini bukan selamanya... ku serah pada Allah yang mengimbanginya. Semoga keputusan ini membawa di penghujung kehidupan ku penuh kebahagian.
Walau pun aku bertiga sahaja berbuka puasa dan sahur macam tak cukup korem...aku terpasa untuk menceriakan suasana bulan Ramadan ini menyediakan juadah yang anak-anak aku suka... bagi memberi semangat untuk mereka terus gembira berpuasa... nasib anak-anak ku mengerti..Sesekali K. Long bertanya khabar.. mama camana puasa?(simpati)...semua beres...aku kata.. apa pun biarlah dalam hati aku sahaja yang tahu apa yang ada.. semoga anak-anak aku kuat seperti mamanya juga walau keadaan apa pun jua.
Ada orang bertuah mempunyai teman hidup..untuk menghidupkan Ramadan...bersyukurlah.... Ada orang yang Allah sudah menjemputnya sebelum Ramadan...pergi untuk selamanya.. Aku pula dah berpindah milik...hehehe.... aku doakan semoga mereka dalam rahmat Allah untuk selamanya. Cuma pesanan aku..hidup kita bagai roda... apa pun dalam tangan Nya. Allah boleh buat apa yang Dia mahu.. jadi berwaspadalah.
Posted by anna zue at 7:58 AM 0 comments
Thursday, August 5, 2010
HARI KELUARGA VA DI HOMESTAY 30~01/07,08/10
Cari Remis Berkumpulan.. tengok group mana paling banyak dapat Remis.
Posted by anna zue at 5:04 PM 0 comments