"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah - Ayat 183).
"Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepada mu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNya kamu beriman" (Al Baqarah ayat 172).
.
Sudah seminggu lebih kita berpuasa...apakah pengisian Ramadan kali ini. Pada aku puasa ini memberi satu pengertian yang berbeza dari Ramadan Ramadan yang lalu. Setakat ini hanya aku dan dua anak aku melalui hari-hari Ramadan kali ini. Yang lain masing-masih di Pusat Pengajian. Aku bersyukur kerana Allah masih memberi ujian dan dugaan tahap kesabaran aku mengerjakan ibadah Ramadan ini.
Dari segi persiapan penyedian membali bahan untuk berbuka dan bersahur, semuanya aku buat sendiri... tak lupa persedian Raya juga. Adalah di tolong sikit-sikit oleh dua orang anak ketiga dan keempat aku, Am dan Alin. Itu lah ketentuan Allah, yang penting fikiran aku kena positif. Setelah 24 tahun, ini pertama kali aku tiada pembantu rumah. Mula-mula aku fikir anak-anak dah besar, tidak jadi masalah sangat tiada pembantu ini...tapi agak pincang juga peringkat permulaan. Sekarang agak bertenang sikit.
Aku tidak menyesal dengan apa keputusan yang aku telah buat, setelah bertahun-tahun aku memikirkannya. Untuk Apa aku hidup dalam tidak kepuasan hati dari berkongsi kasih dengan orang yang sudah tidak menyayangi aku... jadi aku pilih mengundur diri. Kalau di teruskan... tidak ada keadilan. Aku tidak mahu keadaan ini berterusan dan masing-masing menanggung dosa.... hidup di muka bumi Allah ini bukan selamanya... ku serah pada Allah yang mengimbanginya. Semoga keputusan ini membawa di penghujung kehidupan ku penuh kebahagian.
Walau pun aku bertiga sahaja berbuka puasa dan sahur macam tak cukup korem...aku terpasa untuk menceriakan suasana bulan Ramadan ini menyediakan juadah yang anak-anak aku suka... bagi memberi semangat untuk mereka terus gembira berpuasa... nasib anak-anak ku mengerti..Sesekali K. Long bertanya khabar.. mama camana puasa?(simpati)...semua beres...aku kata.. apa pun biarlah dalam hati aku sahaja yang tahu apa yang ada.. semoga anak-anak aku kuat seperti mamanya juga walau keadaan apa pun jua.

Tidak ketinggalan juga amalan-amalan yang termampu aku kerjakan seperti sunat terawih dan sunat-sunat lain... oleh kerana pembantu rumah tidak ada..sementara menyediakan juadah bersahur....sempatlah sembahyang sunat mana-mana yang patut, sikit-sikit baca Al-Quraan. Walaupun rasa macam tak berdaya... doaku pada Allah agar kesihatan terus mengizinkan sampai bila-bila untuk terus beribadah dan menjalankan tugas harian.
Ada orang bertuah mempunyai teman hidup..untuk menghidupkan Ramadan...bersyukurlah.... Ada orang yang Allah sudah menjemputnya sebelum Ramadan...pergi untuk selamanya.. Aku pula dah berpindah milik...hehehe.... aku doakan semoga mereka dalam rahmat Allah untuk selamanya. Cuma pesanan aku..hidup kita bagai roda... apa pun dalam tangan Nya. Allah boleh buat apa yang Dia mahu.. jadi berwaspadalah.

Panjang sangat bercelotih jom kita tangok apa juadah-juadah dan menu yang telah di buat...dan plan apa pula yang akan datang...
Sebahagian yang ingat yang sudah di buat... sedikit gambar di atas...saja nak bagi terliur pembuka kata..hehehe.
Ayam masak kerutuk
Ikan Susu kukus
Kentang Bakar
Makaroni Bakar
Cucur udang
Goreng Sotong/Udang bersama cendawan
Asam pedas Ikan Susu
Samosa Sardin dengan roti Hi5
Masakan Korea (Alin yang buat)
.
Makmur dan Tart Nenas ... masih ada permintaan.. sempat ke aku nak buat tu...terutamanya tart nenas....
.
ok...pasal masak kita nanti kita sambung lagi....
0 comments:
Post a Comment