
12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia
akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan
baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai
atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di
atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan
menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.
-dipanjangkan dari kawan-kawan--
Mula Dengan Nama Allah...
SALAM....
JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..
SPA MINDA
1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.
2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.
3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.
4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.
5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.
6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).
7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.
8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.
Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.
Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......
Friday, August 14, 2009
WANITA PERLU BERILMU CERDIK DAN SABAR
Posted by anna zue at 1:55 PM 0 comments
SIAPA KAH LELAKI DAMBAAN WANITA

Ciri-ciri lelaki terpuji
DALAM meniti kehidupan, tentu pernah terlintas dalam hati lelaki untuk menjadi individu hebat. Bukan sekadar dilihat hebat oleh wanita, malah dikagumi lelaki lain.
Namun, untuk memenuhi definisi mahupun klasifikasi lelaki hebat bukanlah mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan personaliti cemerlang. Namun, bagi segelintir pihak, soal kriteria dianggap terlalu subjektif.
Sehubungan itu, dalam membentuk peribadi dan personaliti hebat, lelaki cenderung menjadikan individu lain sebagai idola. Bagi lelaki muslim, tidak perlu berfikir panjang kerana idola yang harus dicontohi semestinya Nabi Muhammad SAW. Sebagai insan pilihan Allah, Rasulullah saw memiliki sifat terbaik seorang manusia.
“Rasulullah SAW dianggap insan kamil (sempurna). Maka sebagai seorang lelaki, beliau juga pastinya lelaki sempurna.
Sifat yang ada pada Rasulullah saw harus menjadi ikutan umat Islam kerana apa saja sifat positif, ada pada Baginda.
Ramai mengakui Rasulullah saw adalah contoh terbaik. Namun yang menjadi persoalan – sebagai lelaki mampukah kita mencontohi sifat nabi junjungan?
Kehebatan Rasulullah SAW mampu menggalas tanggungjawab sebagai penghulu, pemimpin, pemerintah, tempat rujukan, bapa, suami dan banyak lagi tanggungjawab dalam satu masa.
Memang sukar menjadi sempurna seperti Rasulullah saw. Tetapi kita dituntut berusaha mencontohinya. Lelaki bersifat seperti inilah sebenarnya maskulin, tampan, macho dan gentleman,” kata beliau.
Lelaki sering dikaitkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin. Bagaimana sifat dan amalan Rasulullah SAW boleh dipraktikkan lelaki?
Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap lelaki memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya dipunyai seseorang pemimpin.
Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin.
Oleh sebab itu, seseorang yang bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?
Dalam Al-Quran, sudah dinyatakan setiap lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Tanggungjawab seorang lelaki sebagai pemimpin pula amat berat. Mereka bukan hanya perlu memimpin satu pihak saja, tapi banyak pihak.
Justeru, seseorang lelaki mesti mengambil berat soal kesempurnaan pelaksanaan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kerana semua ini akan dihitung di akhirat nanti. Kalaupun seseorang lelaki itu cukup amal ibadatnya, namun tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, beliau tetap perlu menanggung balasannya.
--Atikal dari kawan seagama --
Posted by anna zue at 1:53 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
BERITA PALING GEMBIRA BUAT MAMA HARI INI
Ana...aku kat sini...dengar suara kawan mama..Cik Ita..panggil mama.. sememangnya mama nak jumpa dia nak bagi contoh kueh makmur mama yang gelemor tu...maklum dah nak dekat bulan puasa...dan persediaan hari raya... sibuk lah kekawan nak membuat pesanan... macam biasa mama je yang menjual kueh ini...meriah kekawan membuat pesanan.Tahniah Ana... anak u berjaya dalam kedua dua temuduga untuk mendapat Biasiswa Proton... dalam bepuluh-puluh orang yang memohon Amal adalah diantara 10 orang yang terpilih. Mama terdiam seketika..terkejut gembira.. Syukur Insyaalah sudah nampak sinar masa depan Amal. Selepas sembang sekejab dengan Ita mama pulang ke Opis mama semula..dan singgah di surau opis mama, menunaikan Solat Zohor dan Solat Sunat Syukur... mengalir air mata mama gembira...tercapai juga hajat Amal nak menjadi anak angkat Proton. Mama berbangga dengan Amal bukan dengan keputusan ini, malah dalam pelajaran juga. Semoga menjadi contoh pada adik-adik..sebagai anak yang sulung. Tahniah anak mama..
Posted by anna zue at 11:53 PM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
CONTOH KUEH MAKMUR
Dah lama tak menjengok blog ni...maklum buat buat sebok gitu...
Bulan puasa dah hampir tiba....mula la kekawan sibuk membawa contoh contoh kueh raya untuk di rasa...best-best belaka... kawan ku Aton biasa lah dengan kerepek-kerepeknya..Intan dengan biskut yang melelehkan air liur...tapi tak pe...sebab belum puasa..boleh lah mencuba.... Yang paling tak boleh lupa ikan pekasam Aton...itu lagi tak boleh tahan..pembuka selera tu...makan dengan nasi yang panas-panas...adoi..boroi la perut teman...
Dalam meriahnya suasana membuat pesanan kueh-kueh tersebut...terdengar suara-suara...mengusik jiwa... Kueh Makmur K Ana, bila nak bawa contohnya...adoi yang kelakar pertanyaan tu dari pelanggan tetap makmur... Yang tak pernah rasa ni pula ...dah meleleh air liur..sebab kekawan yang palanggan tetap ni...buat kempen... apa lagi kena buat contoh juga...
Maka hari ni saya bawa lah contohnya...riuh rendah buat pesanan...
Terima kasih kekawan.... tanpa kekawan siapa lah Rona Makmur ni... Selamat Menyambut Ramadan...
Posted by anna zue at 3:57 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
SELAMAT HARI IBU
Posted by anna zue at 1:22 PM 0 comments
Friday, May 8, 2009
BIAR KU PERGI
Aku tahu tak punya jasa
Untuk di ingat atau di kenang
Kerena itu aku merasa
Baik lah pergi melangkah hilang
Usah berpura engkau gelisah
Merasa sedih aku tinggalkan
Aku tahu masa berpisah
Bagi mu ia jadi impian
Nasib tidak aku sesali
Mikian retak di tapak tangan
Biarlah lepas tidak bertali
Darikan hanyut di angan-angan
Andaikan kita tidak bertemu
Engkau dah jauh dari sisi ku
Anggap lah ini semua bagi mu
Ada lah takdir bagi diri ku
Posted by anna zue at 6:14 PM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
QALLAMULLAH
QALLAM ILAHI
Tersusun Indah Qallam Nya…
Indah Syahdu bila di dengar
Lembut lidah selalu di baca..
Alunannya di minda segar...
Bertapa kerdil dengan rahma Nya
Ku sujud syukur dengan rela
Moga bimbingan dalam barkah Nya...
Agar tidak diri tercela..
Qallam di fahami membawa arti
Boleh mengubat jiwa dan hati
Semua adalah hak Nya hakiki..
Kita di pinjam untuk berbakti
Selagi nafas belum berhanti
Walau pun disana tetap menanti...
Tetapkan iman ku kekal abadi..
Dalam Munajad doa ku pinta
Mati ku biarlah dengan Qallam Nya jua...
Walau pun diri ku hanya tinggal nama
Pinta ku pada Mu yang Maha Esa
Biar lah Qallam Mu menjadi teman setia...
Untuk warisan ku dan juga bangsa
Sebagai panduan Dunia dan Akhirat jua…
Posted by anna zue at 12:04 PM 0 comments



