CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, September 17, 2009

RONA TART NENAS/BLUEBERRY CHEESE






Ingat tak semasa saya bercerita mengenai Rona Makmur saya...ada saya sebut mengenai Tart Nenas. Saya sememangnya tercari-cari Tart Nenas yang betul betul sedap...ada juga kawan yang menceritakan Tart Nenas dia sedap.. turun tenurun respi keluarga katanya.. dia berjanji nak bagi saya rasa...saya tunggu dengan penuh harapan...tapi sehingga sekarang tidak dapat saya rasakan... dalam masa menunggu...nasib saya tidak kempunan.. hehehe..saya tak salahkan dia...agaknya sibuk dengan pekerjaan tidak sempat nak membuat biskut kegemaran saya ini.

Tetapi sudah sikap kebiasaan saya... saya jenis tidak boleh tunggu... sebenarnya bukan saya tidak tahu membuat Tart Nenas ni...cuma nak tumpang bermanja dengan kawan-kawan... saya sedar Tart Nenas saya tak la berapa hebat sangat... mula lah saya buat penyelidikan bagaimana nak memperbaiki Tart Nenas saya biar lebih istimewa dan orang ingat sampai bila-bila... hampir 10 x percubaan membuatnya...cuba bagi kawan-kawan rasa dan minta komen...sehingga saya berpuas hati dengan hasilnya... Ramai yang kata Rona Tart Nenas saya...rasa lemak dan berkrim...bila masuk ke mulut dia sebati dengan jem nenas nya... tak la nak berbangga.... tapi dah mula dapat order... kekawan semua puas hati...cuma takut nak kempen besar besaran masa raya tahun ini...takut tak mampu membuatnya lebih..kerana saya bagi tumpun pada Rona Makmur... ramai kekawan...angin satu badan... kerana saya buat2 sombong... ada yang nak buat tempahan Raya Haji ini... berbaloi-baloi.... saya buang sikit masa untuk belajar untuk memperbaiki caranya.

Itu lah saya... tidak pernah putus asa... dan buat lah kerana keredaan Allah...kita dapat barakah Nya...!

0 comments: