CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Wednesday, September 30, 2009

RONA RENDANG TOK


Ini Respi turun temurun dari orang lama....dari atok dan nenek.. asli punya. Kalau buat pasti buah hati suka. (Suami, anak-anak dan kekawan).

RONA RENDANG TOK

Bahan Utama :-
3 Kilo daging (Bahagian Atas) potong sederhana besar.
9 biji santan kelapa (Ambil pati nya).
3 biji kerisik (Kelapa jangan terlalu tua).
¾ kilo bawang merah ] mayang, goring jangan sampai garing.
¼ kilo bawang putih ] mayang, goreng jangan sampai garing.
Cili kering RM2 ~ RM3 - goreng gareng kisar halus.
Serai 15 ~ 20 batang serai ]
Lengkuas 3” ~ 4 “ ] } kisar.
1 ½ “ halia ]
1 ½ ~ 2 ketul gula kabung atau gula melaka (sederhana).
(Sedikit kicap pekat – kalau suka).
Garam secukup rasa.

Bahan-bahan rempah untuk perap daging :-
2 sudu besar ketumbar ]
2 sudu besar jintan kasar ]
1 sudu besar jintan halus ]
3 batang kulit kayu manis ] } goreng tanpa minyak dan kisar halus kering.
3 kuntum bunga lawang ]
3 biji buah pelaga ]
3 kuntum bunga cengkeh ]

Bahan untuk di tumis:-
15 biji bawang merah ]
8 ulas bawang putih ] } mayang.
1” halia ]
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
½ cawan minyak masak

Cara membuatnya :-
Bersih kan daging.
Semua bahan yang telah di kisar dan di goreng + kerisik gaulkan rata bersama daging perapkan selama 4 jam.

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau, masukkan daging yang telah diperap tadi…gaul dengan bahan yang sedang ditumis sehingga rata…gaul kan beberapa minit dan akhir sekali masukkan santan.
(Jangan lupa rasa-rasa garam dan gulanya).

Sentiasa dikacau sehingga daging masak dan lembut.

0 comments: