Lama sudah tidak menjengok blog kesayangan ni....
Bukan apa sibuk sangat... dan line internet dekat opis ni... tak tahu la...slow bebeno... kata orang perak.. maklum teman orang perak la kata kan...
Banyak berita dan cerita nak di up date kan... nak di sambung di rumah... balik je kerja macam lipas kudung... masak, kemas basuh baju... hai... itu lah kalau dah pembantu tiada... begitu lah cara kalau kita perempuan yang bekerja... lain la orang yang masih tinggal dengan keluarga walau pun dah berkahwin.. best juga cam tu... tak tahu lah aku ni... dalam sibuk pembantu tak ada ni... macam-macam juga yang nak di buat.. buat kueh tart la... kueh makmur lah... balik kerja anak-anak ada yang suruh masak tom yam la... masak laksa johor la... anak-anak suka makan... kena lah buat.. nak beli belum tentu rasa yang kita nak.. anak-anak pe yang mama masak tu memang di sukai... kebetulan ada yang cuti musim peperisaan PMR ni.
Dalam kesibukan begitu aku di kejutkan dengan berita dan memaksa aku pulang ke kampung atas pemergian nenek kesayangan ku.. walau pun sedih tapi kami semua merelakannya kerana telah terlalu tua dan uzur ya lah.. umurnya lebih 100 tahun. Dah lebih kurang 4 bulan terlantar... tapi di jaga dengan baik oleh emak saudara aku... bagi menjaga anak kecil. Muka nampak berseri pengingatan yang elok cuma pendengaran nya kurang dan tidak mampu bangun sendiri.
Aku amat bersyukur kerana mempunyai nenek yang amat menitik beratkan ilmu agama dan aku didik dengan begitu sejak dari kecil lagi... maklum aku cucu kesayang dan cucu sulungnya. Anak nya lelakinya ada dua orang guru agama, dan bapa ku sendiri mengaji pondok menjadi imam masjid dan surau. Aku bersyukur kerana mempunyai asas hidup yang cukup sempurna, mudah mudahan boleh di warisi sehingga ke jenerasi yang seterusnya, aku juga bersyukur kerana anak sulung ku telah berjinak kearah itu.. aku harap dia boleh membimbing adik-adiknya nanti.
Aku pulang ke kampung lepas magrib hari Selasa 13/01/09 bersama anak-anak ku akim, amrin dan alin terus ke rumah emak saudara yang menjaga nenek ku... suasana sedih walaupun anak cucu cicit ramai yang menziarahi. Hadiah bacaan Yasin, AlQuraan dan zikir berkumandang sana sini... berkurangan bila dan agak sepertiga malam... cuma tinggal aku dan emak saudara aku je yang tinggal.. membaca Yasin dan ayat AlQuraan sehingga aku terlena di samping mayat nenek ke yang nampak agak tenang dan muka berseri.. Allah yang Maha Kuasa.. tiada daya kita untuk menolak kehendaknya.
Aku sedar semula untuk sembayang subuh... aku lihat ramai semula di keliling nenek ku.. mereka tak putus-putus menghadiahkan Yasin dan Ayat-ayat suci... bertuahnya nenek ku.. sehingga aku tidak mengenali mereka-mereka yang datang menziarahinya, lelaki dan perempuan.
Sehingga hampir Zohor jenazah nenek ku di mandi dan di kafan... untuk di sembahyangkan. Terfikir di benak ku tambahan juga aku sama-sama menyempurnakan jenazah nenek ku, bila melihat hanya kain putih itu yang di bawa pergi ke liang lahat, bagai tiada erti keindahan dan segala hiasan di dunia ini kecuali amalan yang kita bawa, bertuah lah pada mereka yang mengamalkan dari awal hidupnya.. mebuatkan aku menginsafi diri.
Lebih dari seratus orang menyembahyangkan jenazah nenek ku.. mula lah perjalanan yang tiada akan kembali lagi.. sedihnya hati ku melepaskan pemergiannya.. tapi yang hidup pasti akan menemui lumrah ini.. dalam benak ku terfikir... mana suami yang kau sayangi, harta benda dan sahabat handai... mungkin hanya menghantar setakat ke liang lahat sahaja... melaikan amalan...
0 comments:
Post a Comment