CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Wednesday, October 21, 2009

KALAU SUDAH REZEKI TAK KAN KEMANA

Semalam aku pergi meeting SNE, agak lambat aku sampai ke HQ, macam biasa selesaikan acara rumah dahulu dan perjalanan hujan renyai-renyai, kenderaan agak banyak. Aku kena pergi HQ juga semalam kerana nak beli barang, ada kekawan yang nak.. dah tak sabar-sabar nakkan SNE kapsul.
Dalam pukul 8.45 sampai di HQ.. terus membuat pesanan.. baru aku menjengok ke bilik meeting. Dekat pintu masuk ada yang menyuruh aku mengisi borang cabutan bertuah.. dengan malas aku isi la juga... dan dapat dua uncang kecil Excel Tea sebagai "door gift" aku pun terus masuk ke dalam bilik meeting dengar penceramah memberi penerangan mengenai Amberine produk mengurangkan berat badan. Ramai yang tampil memberi testimoni... produk ini amat berkesan.
Kawan-kawan lama aku ada yang telah mencuba lagi produk baru ini kesannya lagi bagus dari produk dulu.. masing-masing nampak bersemangat dan muka berseri-seri bentuk badan lagi menawan.. itu yang membuat kan aku bersemangat nak mencuba semula... cuma nak turun kan sikit lagi.. ada beberapa tempat ada lemak yang agak degil..seperti biasa gambar testimoni aku masih tayangkan dan sehingga sekarang berat badan aku masih maintain...
Sampailah di akhir meeting tiba lah masa untuk diumumkan siapakan nama-nama yang bernasib baik mendapat cabutan bertuah pada meeting kali ini... aku tidaklah menaruh harapan yang tinggi untuk menang... baru 2 minggu yang lepas nama aku di panggil jadi pemenang sagu hati, dapat Exel Tea dan Seabuck Active.. syukur.
Satu persatu cabutan di bacakan...riuh rendah bilik meeting tu dengan gelak tawa. sehingga lah ke cabutan yang akhir.. ia-itu hadiah pertama... tiba-tiba suasana diam seketika.. untuk mendengar dengan teliti nama dan no hp siapa yang di panggil... hadiahnya 2 kotak Exel Tea, sekotak Seabuck Active dan sekotak Amberine.... kalau di jumlahkan harganya lebih kurang RM500 bertuah juga siapa yang dapat... tiba tiba dalam tenang-tenang tu... mulut aku macam terlopong... macam pernah aku dengar no hp yang di bacakan... 012.....38.....00.... haaaaaa... belum habis di baca aku sudah tahu itu no hp aku..... terlompat lompat aku gembira... syukur kepada Allah dan terima kasih pada Syarikat... kalau dah rezeki tak kan kemana... macam tak percaya tapi itu kenyataanya...

0 comments: