CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, April 15, 2010

SELAMAT HARI JADI BUAT KU... DI KK

Dalam kesibukan aku menyiapkan kerja aku di pejabat....tiba-tiba aku menyelak gambar gambar lama dalam file komputer aku.... tiba-tiba aku terpandang gambar semasa aku dan kawan-kawan bercuti di Kota Kinabalu Sabah tiga tahun dulu... aku sambut hari jadi aku di sana...kebetulan hari jadi aku pun dah hampir tiba tak beberapa hari lagi.. mengimbau kembali...

Santai di kaki Gunung Kinabalu.. Ita, Yati, aku dan Fiza.

Sebenarnya aku sudah pun booking flight ke Perth Australia, konon konon nak berubah angin ke sana pula.... itu pun kekawan aku yang booking kan tiket...kerana mereka suka kalau pergi mana-mana ajak aku.. maklum aku ni cam mak-mak...selalu mengingatkan... jika anak-anak leka...tapi nampaknya tidak kesampaian... sorry la...ya kawan-kawan.. tukang masak ni tak jadi ikut... sedih la juga tapi apa boleh buat... lain kali saja lah...!

Bersama Pemandu taxi...kami..senang gi sana-sini tambang murah... mekasih pak cik..
aku kenal dia..semasa aku bagi ceramah kesihatan di Sabah sebelum ini. Dia baik. Kami rasa selamat..maklum di tempat orang... dia suka bagi nasihat... kalau ada masalah...Syukur kerana ada orang yang iklas kerana Allah.
Konon nak mendaki...ranggi gitu...tak sampai atas pun.. sakit kaki teman...
Tak jemu-jemu shooping pearl..
Berbalik kepada bercuti di Sabah di sana makanan lautnya agak segar dan murah...sayur-sayurnya segar dan kebanyakkan nya menggunakan baja organik... Kami lebih suka menyewa Apartment kerana boleh masak-masak sebab hobi aku kan.. aku lah yang jadi tukang masaknya... kebetulan aku dah siap bawa 'pes masakan' dari semenanjung buat sendiri...jadi dekat sana aku senang nak masak apa pun...
Subuh-subuh lagi aku bangun sebab dekat Sabah waktunya lebih awal dari Semenanjung...lepas subuh aku masak beriani Udang... Udang nya besar besar...seronok aku tengok kekawan aku makan... tambahan Yati.. tambah tembam la dia.. isi perut dulu sebelum bersiar-siar ke Gunung Kinabalu. Balik dari menikmati alam semulajadi Gunung Kinabalu... kami sebuk membeli sayur-sayuran segar yang di jual di sepanjang jalan di situ...
Sampai di Apartment dah petang.. lepas Magrib aku mula kan tugas, Ikan kerapu yang kami beli semalamnya bersama udang yg sudah pun aku masak...dalam peti ais, murah dan segar aku masak masam manis... aduhhh.... best sangat...!! dan masak sayur campur yang segar tu sekali... makan panas-panas... maklum dah kelaparan...
Esok nya plan nak shooping lagi.... kekawan-kekawan...cam lipas kudung... lagaknya...nak bawa balik ke Semenanjung apa2 yang patut.... Tiga hari kami di sana...terlalu banyak kenangan.. memang best...!
Rasa cam nak gi lagi.... jommmm.... aku rindu kopi Tenum...

0 comments: