CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Tuesday, April 28, 2009

HANYA TINGGAL KENANGAN


Tanggal 25hb dan 29hb datang semula, mengingatkan kami waktu-waktu ceria bersama...ini lah tarikh keramat yang kami telah di lahir kan ke dunia yang penuh dengan dugaan ini.....pun tak tahu tika dan saat itu...hanya bunyi tangisan kami...dan senyuman bonda kerana syukur selamat melahirkan....tarikh ini lah yang kami raikan bila sampai harinya...lucu bila di ingatkan semula...beli kek sama-sama dan potong sama-sama....ajak kekawan makan...

Tarikh lahir saya 25hb (bertudung) April dan Tarikh lahir Jass 29hb...kami selalu menyambut nya bersama- semasa di pejabat...tapi kini tinggal kenangan sebab Jass dah tidak bekerja lagi di pejabat yang sama......terasa juga kehilangan sebab hampir lebih 10 tahun kami bersama....

Tapi walaupun begitu...call dan sms tak pernah lupa...dan sekali-sekali jumpa di mana-mana dan bertandang kerumah masing-masing....

Cerita kami tak pernah habis kalau berjumpa berjam-jam bercerita dari hal semasa keluarga anak-anak...tak lupa juga pasal suami masing-masing....bergaduh?...pernah tapi jarang dalam tempuh yang lama...mesti tegur semula dengan fikiran terbuka...

Yang paling saya tak lupa pernah kami bertelagah...agak lama juga....tapi bila sampai tarikh ini...persahabatan bersambung semula.....bila tiba-tiba Jass call ingatkan hari jadi kami...saya terus...syahdu sampai bengkak-bengkak mata... dan saya dapat cup cake yang comel....dan sedap... dari Jass...

Kini hari tu datang lagi....semoga hari-hari yang mendatang, kita sekeluarga dalam rahmat Allah selalu kan Jass...




0 comments: