CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Tuesday, April 14, 2009

WARNA-WARNA PERMATA DALAM TUBUH

RONA-RONA INDAH DI TUBUH


Batu permata asli atau semulajadi mempunyai kegunaan untuk terapi kesihatan (Perubatan Alternatif) berbeza dengan batu permata buatan atau sintetis yang hanya berguna untuk perhiasan saja. Berdasarkan pancaran warna permata dari Shumann Meridian Frequency
Warna batu permata dapat terbagi menjadi 7 bahagian.

Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit.
7 bahagian ini dapat diterangkan dengan melihat kepada gambarajah berikut:

7 MERIDIAN DALAM TUBUH
7 meridian ini bermula dari bawah iaitu bermula dari anggota seks hingga ke atas kepala iaitu di ubun-ubun kepala.

Untuk kaedah rawatan anda perlu memakai gelang seperti biasa di tangan dan letakkan di bahagian bermasalah berpandu kepada penyakit yang dilampirkan. Gelang boleh diletakkan di atas Meridian 1 hingga 7 terus di atas kulit atau di bawah pakaian jika perlu. Serapan getaran warna adalah lebih berkesan jika bersentuhan dengan kulit.
* Pengalaman - Boleh dijadi kan tasbih dan zikir menggunakan
kristal berkenaan.

MERIDIAN 1 : WARNA MERAH
Jenis Batu Permata/Kristal:
Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah, Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna merah
Keterangan :
Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)
Kegunaan Terapi:
a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan
b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah
c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen
d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.
e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks
f) Bagus untuk anak-anak sekolah
g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah rendah
Elakkan Warna Merah ketika letih, tertekan, selsema dan jika menghidap darah tinggi
Digunakan Untuk Merawat :
Kaki dan tangan sejuk (circulation problem) Jantung Badan lesu dan lemah/Kurang tenagaDemam/inflenza Batuk/Sakit tekak Tenaga lelaki / Tenaga wanita

MERIDIAN 2 : WARNA ORANGE
Jenis Batu Permata/Kristal:
Kuartza Orange, Jasper Orange, Akik Orange, Amber Orange, Carnelian Orange dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna orange
Keterangan:
Warna untuk kesehatan, kegembiraan dan motivasi.
Kegunaan Terapi:
a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks
c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi
d) Membantu mengurangkan dahak, asma, kejang, osteoperosis dan lesu
Digunakan Untuk Merawat :Kencing manis, Jerawat, Gout, Gastrik, Lemah minda dan lembab pemikiran, Sakit sendi/arthritis/rheumatism, Masalah hati/Hepatitis, Batu Karang, Sakit buah pinggang, Barah

MERIDIAN 3 : WARNA KUNING
Jenis Batu Permata/Kristal:
Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning
Keterangan:
Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)
Kegunaan Terapi:
a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi
c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. Gunakan warna ini untuk melawan bakteria
d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukane) Melegakan masalah kekurangan kalsium
f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.
Elakkan Warna Kuning:Elakkan warna ini ketika loya
Digunakan Untuk Merawat :Sembelit/Angin dalam perut/Sakit perut,Gastrik,Masalah hati/Hepatitis,Sakit Kepala (migraine)

MERIDIAN 4 : WARNA HIJAU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau
Keterangan :
Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas
Kegunaan Terapi:
a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
b) Menyeimbangkan emosi
c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan
d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan
e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham
f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan
Digunakan Untuk Merawat :Darah tinggiGastrikResdungSakit sendi/arthritis/rheumatism,Masalah hati/Hepatitis, Barah

MERIDIAN 5 & 6 : WARNA BIRU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru
Keterangan:
Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.
Kegunaan Terapi:
a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.
b)Memudahkan untuk mengingati ucapan
c)Membuang racun dalam badan
d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif elakkan warna Biru.
Warna ini tidak sesuai digunakan di ruang makan
Digunakan Untuk Merawat :Darah tinggi,Gout,Resdung,Jantung, Sakit sendi/arthritis/rheumatism, Sukar tidur (insomnia), Masalah hati/Hepatitis, Buasir (hemorrhoid)
MERIDIAN 7 : WARNA UNGU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu.
Keterangan:
Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.
Kegunaan Terapi:
a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut.
b) Merehatkan badan dan minda.
c) Anti bakteria - baik untuk merawat jerawat dan ekzema elakkan warna Ungu:
Elakkan warna ini jika terlalu sensitive. Digunakan Untuk Merawat :Gout Sukar tidur (insomnia)Barah Jerawat Ekzema.

WARNA YANG MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN SECARA MENYELURUH
WARNA PUTIH
Jenis Batu Permata atau Kristal:
Berlian, Zirkon, Batu Kuartza, Batu Kristal dan batu permata asli dan kristal asli lain yang berwarna putih.
Keterangan:
Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit
Kegunaan Terapi:
a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan mindab) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak penyembuhan.c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-apa kesan.
Digunakan Untuk Merawat :
Berguna untuk menguatkan semua organ seperti:- Pundi Buah Pinggang Gastrousus Tulang Kelenjar Sistem Otot SarafSistem Imuniti Hematite.
Jenis Batu Permata/Kristal:Hematite.
Keterangan :
Hematite adalah batu asli yang boleh dijadikan sebagai magnet asli
Kegunaan Terapi:
Boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imuniti manusia serta membersihkan darah. Ini disebabkan sel darah merah boleh dijajarkan dengan medan magnet untuk menjadi lebih efisyen menyahkan bakteria dan virus.
Digunakan Untuk Merawat : Sakit sendi Mengurangkan berat badan Merangsang kesihatan secara am.
Meningkatkan tahap ingatan dan pemikiran BATU PERMATA DAN KRISTAL 7 WARNA.

Bagi mereka yang mempunyai gabungan pelbagai jenis penyakit atau penyakit yang memerlukan rawatan kesemua kategori warna, perlu menggunakan gabungan ketujuh-tujuh jenis warna berikut dan letakkan di setiap meridien selama 20 minit setiap meridian.
Untuk merawat :
Asma dan Awet muda.
Ingin mengetahui anda berada dalam kumpulan meridien yang mana dan tahap kesihatan yang bagaimana? Sila beri tarikh lahir anda..tak perlu tahun... dan bagi email addrs anda ke
Tajuk: Batu permata dalam tubuh.

0 comments: