CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, April 30, 2009

AMANAH ALLAH

Harta yang tidak ternilai di anugerahkan oleh Allah pada mama ... mama bersyukur....

Baju coklat Dik Am, Baju kurung hitam putih Alin, Baju kurung bunga merah Amal, Baju melayu biru muda Akeym.
Kelakar bila fikirkan anak-anak ni sekarang....sadar-sadar anak-anak mama dah besar panjang...kalau berjalan dengan dia orang...mama dah jadi rendah...terpaksa mendongak kalau nak bercakap dengan dia orang...masing-masing ada kesukaan masing-masing...

Amal suka membaca, tapi kalau pasal beli baju dan melawa bagi lah dia....sekarang dah pandai dan rajin masak sikit...kalau tidak mama ngan bibik je lah.. jadi mangsa...dah kena sambung belajar dan jauh dari mama...pandai pula bawa diri...bagus tahniah anak mama...sebagai Kak Long kena lah jadi contoh kat adik-adik. Mama berbangga kerana amal sentiasa mendalami ilmu agama....

Akeym...asyik main bola je....dan futsal wakil tu lah wakil ni lah...selalu perasan comel....kalau dapat tidur..tak kira siang atau malam...bom meletup pun dia buat tak tahu je....tu yang terlepas selalu waktu kuliah..awas! jangan ulangi...tak banyak cakap sengeh..je...


Tapi berlainan dengan Dik Am, bila di sapa (usik) senyum je...menampakkan mata nya lagi sepet..cam apek... kalau pasal main bola...hehehe...bola yang kejar dia..tapi boleh main muzik ada kumpulan nya sendiri dia sebagai 'bass guiter' dan yang satu lagi tidak ketinggalan sitembam Alin.


Alin yang bungsu dari empat beradik ni......lain tak, asik dengan lagu Korea dia je....dengan fesyen terkini nya...cita-cita nak jadi pereka fesyen...kalau boleh semua nak ikut macam Korea..fesyennya makanannya nak pergi kelas bahasa Korea juga...hai...tak tahu lah..kalau beli CD lagu Korea tu...habis beratus-ratus duit di kerja kan....ada lah kena sponser tu...kalau pergi kelas piano...suruh cik gu ajar juga lagu Korea..itu lah anak-anak...

Walau pun penat dengan telatah dia orang...mama tetap happy....dan bersyukur kerana anak-anak mama sangat menghormati dan menyayagi mama... tapi keseluruhan anak-anak mama manja dan kememe.....jangan marah...!

0 comments: