SPA MINDA
Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.
1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.
2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.
3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.
4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.
5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.
6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).
7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.
8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.
Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.
Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......
Adakah kita bahagia membina mahligai dari titisan air mata orang lain. Adakah ini di kata kan takdir atau satu kebetulan... atau untuk tidak mendapat kemurkaan yang Maha Kuasa aku mengalah. Mungkin air mata ini juga boleh menghapus dosa-dosa aku yang lalu... aku redho. Saja aku papar kan tajuk ini.. mengibau kembali kesah lalu.... tiba-tiba aku teringat bila hp aku berbunyi..seorang wanita menghubungi aku ingin berjumpa. kalau tak salah 16/04/2009 Sebenarnya wanita ini pernah aku kenali sebagai pelanggan barangan kecantikan dari salun kecantikan ku, rupanya wanita mendapatkan no hp aku dari suami aku, kerana mereka sudah mengenali satu sama lain, setakat kawan biasa sahaja. Bila aku bertanya pada suami ku dia pun berkata demikian, dari mana suami ku mengenali wanita ini sekadar ingin membantu dalam masalah peribadinya. Aku mempercayainya saja... maklum tak suka cari masalah pula..mohon saja pada Allah supaya aman, tetapi dalam benak ku masih ada banyak persoalan.
Pertemuan di atur untuk berjumpa wanita ini... aku suruh dia datang ke PJ sebab aku tidak pandai nak pergi KL, sebab dia tinggal di KL. Dia setuju... kami berjumpa di salah sebuah restoran makan untuk mendengar apa yang nak di bincangkan. Selepas aku membuat pesanan, kami mulakan perbualan... aku mendengar dengan penuh tenang..seskali denyut jantung ku kencang.... Kak?... dia mula kan perbicaraan... aku mendengar dengan penuh minat... dia terus bercerita...
Saya minta maaf banyak-banyak...dengan apa yang akan saya katakan ini akan melukakan hati kakak...sebenarnya saya dengan suami kakak sudah mempunyai hubungan dari tahun 2003 lagi sehingga sekarang hubungan kami sudah pergi jauh dan tak mungkin boleh di berhentikan lagi.... aku mendengar dengan tenang...dan tapi hati ku amat sedih... badan ku tersa mengigil... kenapa ada perkara begini dalam sejarah perkahwinan kami.
Tiba-tiba aku imbas kembali apa yang wanita ini kata kan...patut la selama ini aku sering merasakan aku tertipu....cuma hanya naluri seorang isteri sahaja...tidak ada bukti, aku cuba membuang perkara-perkara yang negetif dalam benak aku...orang kata kalau banyak sangat perkara negetif dalam kepala...nanti jadi strees dan sakit dan juga muka menjadi tua.
Aku mendengarnya dengan penuh kusyuk...kemudian aku bertanya kepadanya...apakah rancangan awak....dia bersuara lagi.. kami sepatutnya sudah berkahwin tapi suami kakak takut kakak tahu...dan masih melambat-lambatkannya... saya tidak mahu terus membuat dosa dengan kakak atau pun dengan tuhan. Aku termenung seketika...untuk menarik nafas yang rasa bagaikan semput...tapi air muka ku tetap tenang... adakah ini ujian yang Allah untuk menguji lagi hebat kesabaran aku.
Kekadang kita lupa...kita ingat apa yang ada pada kita adalah hak kita...tapi semua tu hak Allah..Allah buat apa saja yang dia inginkan... di uji sama ada kita redho ke tidak, ujian Nya. Tapi kalau ada ketidakadilan dan dosa...pada aku...aku mengundur saja..... semoga mereka bahagia...
Ok...pada kekawan yang terbaca blog saya ini apa harus aku lakukan...tunggu lain masa aku akan sambung semula kesah benar ini....
Tapi ada juga aku dengar versi perempuan... dia terbalik je... ada tak abang-abang yang bini cam ni... apa perlu anda buat... sebab terletak pada anda... sebijak mana anda mengguna kannya.. tapi jangan lupa hak wanita juga ada....
Berkaitan dengan iman... secara idak langsung kita teringat dengan Rukun Iman yang ada enam tu... Iman ni adalah percaya, tetapi kalau kita amat-amati kepada rukun iman ini satu persatu... ada lah perkara yang kita tidak nampak, atau sudah tiada dizaman kita..disini iman kita teruji dan ada persoalan benarkan ianya ujud. Contoh percaya kepada Allah, Malaikat.. sehingga lah rukun yang ke enam percaya kepada kada' dan kadar tuhan.
Percaya kepada kada' dan kadar tuhan ini kadang-kadang orang jadi tidak beriman... dia seolah-olah tidak redha di atas apa ketentuan Allah. Baru sahaja di uji Allah, dah mengeluh..dan ada yang mengatakan tidak redha... MasyAllah...siapa lah kita untuk menidakkanya. Pernahkah kita terfikir apa kah hikmahnya. Kita yang sentiasa berbuat dosa dan kadang terlupa untuk meminta ampun... oleh kerana Allah dengan sifat pengasih dan penyayangnya,...memberi sedikit ujian untuk..mengurangkan dosa-dosa yang kita laku kan...masihkah kita tidak percaya...sekali lagi iman di uji..adakah kita redha dan sabar.
Semalam.... hari jadi anak bongsu aku... yang gendut ni... aduh... macam-macam yang dia minta...selamat la aku 3~400 henggit... kak long lak abis la 200 henggit... tak pe demi anak anak apa je aku korbankan...cuma jangan terlalu membazir.
Berbalik pada celebrate birthday ni.. untuk yang ke 14 tahun ni tak la berapa meriah sangat sekadar mengingat dan ucap selamat je dari adik beradik dan kawan-kawan dia je yang aku dengar... cuma petang Ahad semalam aku dan Kak Long bawa Alin keluar...pernah la dengar si gendut ni nak cincin yang macam mama pakai.. ala cicin belah rotan bulat licin tiada bunga-bunga, aku memang suka begitu biar solid, nampak tak cantik tapi berharga, ... mula-mula pergi Maidin ke Habib Jewel, tapi tak ada yang berkenan dan saiz kemudian pergi pulak ke Wah Chan, pun tak ada... lepas tu kami keluar semula terus ke Subang Parade, masuk pula ke Poh Kong, tempat kegemaran aku dulu-dulu zaman suka buat koleksi.. sekarang dah malas...nak tukar-tukar lagi...cukup la apa yang ada... Pilih punya pilih jumpa la bagai di hati...syukur. Selepas selesai urusan pembayaran...kami tiga beranak beredar untuk pergi mmembasah tekak... sebelum tu tersinggah pula di Kedai e Emas Tomei, saja jamu mata.. rupa tersangkut pula anting-anting pearl, kata Kak Long mama ambil la biar Amal lak bayar...kan mama punya yang lama tu dah hilang sebelah..beli la balik...pakai semula...dengan terima kasih pada Kak Long kami pun membelinya. Tapi di kedai emas ini aku sudah nampak sesuatu... tunggu...kalau dah rezeki tak kemana...
Kemudian kami terus ke Secret Recipe menjamu selera.. dan selesai kami pun pulang..
Ilmu wajib kita tuntut di mana-mana, sebab itu Rasullullah pernah berpesan...tuntut lah ilmu sehingga ke negeri China...ada kah kita berfikir... kadang kadang kita memberi hukum, belum tentu itu kesalahannya... orang jika tidak berilmu ibarat pokok yang tidak berbuah...walau pun lebat macamana daunnya... tambah pula kalau pokok tu dah tinggal rangka je..lagi lah malang...kalau pada bagi orang perempuan laki tengok pun tak selera..ahak!... jangan marah yang terkena... saja nak cuit hati sikit..uji kesabaran...
Berbalik kepada ilmu, sehingga bagi si isteri ni kena tahu juga hak dia...tambahan sekarang ni si suami macam-macam buat hal... begitu juga si isteri kena tahu hak masing-masing... kadang kadang bila laki buat hal, bini pula nak minta cerai.. pun tak tahu hukum, macamana? main sebut je berkali kali minta cerai... tapi tak tahu akibatnya... kadang-kadang si isteri ni.. belum laki kahwin lain pun...pasal masalah duit, susah sikit je dah minta cerai... ini apa maknanya....mata duitan ke..mata ringgitan... kesian perempuan yang begini... malang siapa dapat..tak bersyukur dan tahan uji... camana nak masyuuukkk syurga Allah... Allah dah kata ... jangan lah kita mengaku beriman kalau belum di uji... kalau bagi pertolongan...ungkit2... di mana redhonya.
Aku sentuh sikit pasal bab hak bila dah lafaz talak ni... betul betul dah bersedia ke minta cerai...hai kaum hawa...jangan pula lepas suami bagi meraung... pulak... di sini ilmu kena cukup persediaan awal... jangan lepas tu merapu meraban.. tapi lelaki ni...bukan senang dia nak bagi talak tu... konon tak suka tapi simpan sampai mati pun tak pe..ego macam gunung...ada tu buat bonika je... dan di jadi kan hamba abdi..membantu dia apa yang kurang...tapi tak pernah berterima kasih... bini yang sabar ni diam...malas nak bising... anak-anak dah besar-besar... yang si suami ni konon kata bini tak bagi kasih sayang kawin diam diam di luar... ok.. kalau anda jadi begini apa harus anda buat... kena cerdik jangan di perbodohkan sampai mati...hidup ini indah...cari lah jalan penyelesaiaan... sekali lagi kaum hawa kena ada ilmu yang oi....!
Bila dah lepas talak... kena tahu apa dia tuntutan yang boleh kita minta...dari laki kita yang dah kawin lagi satu tu.. apa dia mutaah, apa dia i'dah, harta sepencarian, nafkah anak-anak dan sebagainya... study dulu...cik kak....jgn orang kata kita mata duitan pulak lepas tu... bersedia jgn kita teraba-raba.. sebab anak-anak semua dekat kita... lelaki ni kebiasaanya yang tak faham hukum ni... bila dah bercerai...pandai-pandai kita la kalau nak makan... dia sebuk dengan bini baru dia...yang belum tentu menjanjikan syurga Allah tu.. Tapi tahniah pada yang nak berbini baru semuanya tip top...tambahan pula bini lama ni... asik buat perangai je... bagus juga dia kahwin lagi satu...baru pandan dengan muka bini dia...yang asik mintak cerai je tu... kalau ikut akak...bini-bini yang tak habis-habis menyemakkan kepala... campak je kelaut... biar di makan di jerung... bagi nasihat berkoyan-koyan pun tak masuk kat kepalanya.... tak payah bini no dua bermadu... bagus gak...!!! bini-bini yang begini ni selalu nya ada lelaki simpanan kat luar...hahaha... terbalik pula.. yang tadi versi lelaki dan ini versi perempuan ada pak we dua tiga..kat luar...tak faham kak.. pelik tapi benar..
Berbalik kepada hak... kalau rasa bukan mata duitan..kalau suami tak bagi Mutaah pun tak pe... tak yah la minta.. ada yang mampu dia bagi minta je... tapi kalau boleh lepas je lafaz talak satu sen pun dia orang tak nak kasi...pasal marah sangat konon atau dendam ada di hati... i'dah ikut hukum suami kena bagi... harta sepencarian... sama-sama penat ambil je la separuh...kalau suami setuju... kalau tak, tak payah gaduh, ikut je lah... janji dia lepaskan u... ok hak anak-anak... kena tekan kan la sikit di sini... jangan dia pandai buat anak...tapi tak pandai nak bagi makan lak... ini kita kena faham... di mana ada istilah mata duitan kat sini...orang yang tak berilmu je dia tak faham...kata cam tu, macam kawan saya tu.. cakap je..pandai, hati tak sama dengan mulut.....padan dengan muka dia laki kawin lain... baik sangat...
Ops... betul ke laki dia kawin lain...atau nak kawin lain... dengar yang baru ni... hebat orang nya...serba serbi pandai... walau pun dah berumur... katanya kasih sayangnya banyak... di fahamkan..dia tak cukup kasih sayang, selama ni... maklum suami dia tak la berapa ada berduit sangat buat masa ni...yang pelik si baru ni faham pulak... agak nya dia tak heran sangat duit ni... dia ada duit kut... cam lex lex je... orang kalau bersyukur memang cam tu...sabar nya lebih sikit kut...tapi kedepan ni kita tak tahu. tuah ayam nampak di kaki tuah...orang nampak di poket...betul ke... itu yang si lama ..dia tak berapa suka tu... nak mencari yang ada duit.... hissh... mata duitan gak ya... ok lah tak baik kita mengumpat ni... lain masa dan waktu kita sambung semula... kesah suami kawin baru ni.... best citer ni..yang baik elok la kita kongsi bersama... yang tak baik... biar je dalam perut... pagi pagi bila gi tandas baru kita keluarkan.... hish... bagus ayat tu... cuba lah..!!!
Cuba lihat aku anak beranak tu.... dan yang ada di tangan aku...mula2 bedek bedek je... maklum harga setengah ribu lebih...tapi kalau aku tak beli...aku tak leh tidur lak... anak-anak aku faham sangat dah perangai aku.. Amal dan Alin pun sibuk memilih gak...pada mulanya Amal nak beli beg duit je...si Alin pin tumpang sekaki, yang kelakarnya mereka beli sama rupa kedua-duanya... akhirnya dapat juga di bawa balik..hehehe...dah perangai nak wat camana.... walaupun kat rumah lebih sepuluh buah beg tangan guess aku ada... Ya Allah sabar-sabarkan lah aku dari membazir...