CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Thursday, March 25, 2010

MEMBINA MAHLIGAI DARI TITSAN AIR ORANG LAIN

Adakah kita bahagia membina mahligai dari titisan air mata orang lain. Adakah ini di kata kan takdir atau satu kebetulan... atau untuk tidak mendapat kemurkaan yang Maha Kuasa aku mengalah. Mungkin air mata ini juga boleh menghapus dosa-dosa aku yang lalu... aku redho. Saja aku papar kan tajuk ini.. mengibau kembali kesah lalu.... tiba-tiba aku teringat bila hp aku berbunyi..seorang wanita menghubungi aku ingin berjumpa. kalau tak salah 16/04/2009 Sebenarnya wanita ini pernah aku kenali sebagai pelanggan barangan kecantikan dari salun kecantikan ku, rupanya wanita mendapatkan no hp aku dari suami aku, kerana mereka sudah mengenali satu sama lain, setakat kawan biasa sahaja. Bila aku bertanya pada suami ku dia pun berkata demikian, dari mana suami ku mengenali wanita ini sekadar ingin membantu dalam masalah peribadinya. Aku mempercayainya saja... maklum tak suka cari masalah pula..mohon saja pada Allah supaya aman, tetapi dalam benak ku masih ada banyak persoalan.

Pertemuan di atur untuk berjumpa wanita ini... aku suruh dia datang ke PJ sebab aku tidak pandai nak pergi KL, sebab dia tinggal di KL. Dia setuju... kami berjumpa di salah sebuah restoran makan untuk mendengar apa yang nak di bincangkan. Selepas aku membuat pesanan, kami mulakan perbualan... aku mendengar dengan penuh tenang..seskali denyut jantung ku kencang.... Kak?... dia mula kan perbicaraan... aku mendengar dengan penuh minat... dia terus bercerita...

Saya minta maaf banyak-banyak...dengan apa yang akan saya katakan ini akan melukakan hati kakak...sebenarnya saya dengan suami kakak sudah mempunyai hubungan dari tahun 2003 lagi sehingga sekarang hubungan kami sudah pergi jauh dan tak mungkin boleh di berhentikan lagi.... aku mendengar dengan tenang...dan tapi hati ku amat sedih... badan ku tersa mengigil... kenapa ada perkara begini dalam sejarah perkahwinan kami.
Tiba-tiba aku imbas kembali apa yang wanita ini kata kan...patut la selama ini aku sering merasakan aku tertipu....cuma hanya naluri seorang isteri sahaja...tidak ada bukti, aku cuba membuang perkara-perkara yang negetif dalam benak aku...orang kata kalau banyak sangat perkara negetif dalam kepala...nanti jadi strees dan sakit dan juga muka menjadi tua.

Aku mendengarnya dengan penuh kusyuk...kemudian aku bertanya kepadanya...apakah rancangan awak....dia bersuara lagi.. kami sepatutnya sudah berkahwin tapi suami kakak takut kakak tahu...dan masih melambat-lambatkannya... saya tidak mahu terus membuat dosa dengan kakak atau pun dengan tuhan. Aku termenung seketika...untuk menarik nafas yang rasa bagaikan semput...tapi air muka ku tetap tenang... adakah ini ujian yang Allah untuk menguji lagi hebat kesabaran aku.
Kekadang kita lupa...kita ingat apa yang ada pada kita adalah hak kita...tapi semua tu hak Allah..Allah buat apa saja yang dia inginkan... di uji sama ada kita redho ke tidak, ujian Nya. Tapi kalau ada ketidakadilan dan dosa...pada aku...aku mengundur saja..... semoga mereka bahagia...

Ok...pada kekawan yang terbaca blog saya ini apa harus aku lakukan...tunggu lain masa aku akan sambung semula kesah benar ini....

Tapi ada juga aku dengar versi perempuan... dia terbalik je... ada tak abang-abang yang bini cam ni... apa perlu anda buat... sebab terletak pada anda... sebijak mana anda mengguna kannya.. tapi jangan lupa hak wanita juga ada....

0 comments: