CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Monday, March 22, 2010

SELAMAT HARI JADI ALIN


Semalam.... hari jadi anak bongsu aku... yang gendut ni... aduh... macam-macam yang dia minta...selamat la aku 3~400 henggit... kak long lak abis la 200 henggit... tak pe demi anak anak apa je aku korbankan...cuma jangan terlalu membazir.

Berbalik pada celebrate birthday ni.. untuk yang ke 14 tahun ni tak la berapa meriah sangat sekadar mengingat dan ucap selamat je dari adik beradik dan kawan-kawan dia je yang aku dengar... cuma petang Ahad semalam aku dan Kak Long bawa Alin keluar...pernah la dengar si gendut ni nak cincin yang macam mama pakai.. ala cicin belah rotan bulat licin tiada bunga-bunga, aku memang suka begitu biar solid, nampak tak cantik tapi berharga, ... mula-mula pergi Maidin ke Habib Jewel, tapi tak ada yang berkenan dan saiz kemudian pergi pulak ke Wah Chan, pun tak ada... lepas tu kami keluar semula terus ke Subang Parade, masuk pula ke Poh Kong, tempat kegemaran aku dulu-dulu zaman suka buat koleksi.. sekarang dah malas...nak tukar-tukar lagi...cukup la apa yang ada... Pilih punya pilih jumpa la bagai di hati...syukur. Selepas selesai urusan pembayaran...kami tiga beranak beredar untuk pergi mmembasah tekak... sebelum tu tersinggah pula di Kedai e Emas Tomei, saja jamu mata.. rupa tersangkut pula anting-anting pearl, kata Kak Long mama ambil la biar Amal lak bayar...kan mama punya yang lama tu dah hilang sebelah..beli la balik...pakai semula...dengan terima kasih pada Kak Long kami pun membelinya. Tapi di kedai emas ini aku sudah nampak sesuatu... tunggu...kalau dah rezeki tak kemana...

Kemudian kami terus ke Secret Recipe menjamu selera.. dan selesai kami pun pulang..

0 comments: