CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mula Dengan Nama Allah...

SALAM....

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..

SPA MINDA

Dengan rasa syukur dan sesuai dengan nama yang indah dan menenangkan datang ilham untuk menubuhkan 'Spa Minda' blog sebagai tempat santai minda bagi pembaca dan sahabat handai diluar sana boleh bertukar tukar pendapat dan buah fikiran yang boleh dimanafaatkan bersama. Semestinya Allah suka kepada keindahan dan kedamaian. Marilah kita mengindahkan 'Spa Minda' ini dengan tajuk tajuk seperti dibawah. Bak kata pepatah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah juga keindahan dan kedamaian.

1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.

2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.

3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.

4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.

5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.

6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).

7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.

8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.

Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.

Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......

Sunday, August 23, 2009

SEMALAM, HARI INI, DAN ESOK


Semalam adalah kenangan atau sejarah, hari ini adalah kenyataan dan esok pula adalah anggan-angan atau misteri.

Sejarah? ramai yang tak suka pelajaran sejarah kan? aku sendiri pun tak suka pada pelajaran tu... tapi dengan sejarah macam yang anak aku kata kan, melalui sejarah itu juga kita mengenali diri kita, tamadun dan macam-macam lagi.. tak berapa pandai lah aku nak mentafsirkan dengan panjang lebar... cumanya dalam perjalanan hidup kita ni telah di tetap kan oleh tuhan sebelum kita di lahirkan. Sama juga jodoh pertemuan, rezeki dan ajal, semua di tangan Nya.

Cuma kelebihan yang di beri kepada kita adalah ikhtiar dan doa, Itu adalah senjata orang islam. Bersyukur kita di lahirkan islam dan wajib percaya pada Qadak dan Qadar. Kalau kita tidak percaya ini.. tak beriman namanya... kalau tak caya tanya ustaz.. Maha suci Allah sentiasa menguji hambanya, baik dari pengalaman semalam dan perkara yang kita lalui hari ini dan hari esok yang belum kita tahu realitinya, walaupun cuma kita hanya dapat menekanya sahaja..
Kadang-kadang kita tertipu dengan telahan atau tekaan kita.... membuat apa yang ada di sekeliling kita berubah.. kerana sikap kita sendiri.

Kenapa kita tidak perbaiki pengalaman semalam untuk menceria dan kehidupan kita pada hari ini yang sedang kita lalui supaya lebih bernilai dan bermakna.

Tetapi bagaimana kalau kenangan semalam dan sejarah semalam, sangat menyakit dan memedihkan hati kita...sehingga masih mengganggu kehidupan kita pada hari ini... bagaimana kita harus hadapi nya supaya hari esok yang belum pasti membawa kebahagian dan keceriaan.

Adakah orang di sekeliling kita membantu ke arah keceriaan yang kita impikan. Kadang-kadang orang yang paling hampir dengan kita yang mencuri segala impian kita, memusnahkan segalanya sehingga pengalaman yang menyakiti hati kita yang lalu bagai berulang semula dan mungkin lebih parah... adakah mereka ini memahami... belum tentu dik kerana mereka mengatakan mereka lah yang pandai dan betul. Sikap ego mereka ini sebenarnya akan merugikan mereka sendiri, sebab pada kita sejarah hitam tidak akan berulang lagi... dan ibarat pisang tak akan berbuah dua kali... dan kita harus keluar dalam keadaan dan cengkaman ini....

Sesekali kita kita harus pentingkan diri kita sendiri...

YA ALLAH! TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI AMAT MENGASIHANI, PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUP KU, AGAR IA MENJADI PERMULAAN KEBAHAGIAN HIDUP KU DI AKHIRAT, DAN BIARLAH KEIKLASAN KALBU KU SEIRING DENGAN LISAN KU... AMIN..!

0 comments: