
Allah telah berfirman, “Barang siapa memutus tali silaturrahim, maka akan Aku putus rezekinya”.
Memandangkan firman Allah di atas, menyambung silaturrahim tak kira dimana jua secara tidak langsung membuka pintu rezeki kepada kita.
Suka aku nak berkongsi cerita dengan yang suka mengintai Spa Minda ini... pagi-pagi lagi anak sulung aku merungut rungut "camana nak pergi tak tahu jalan...siapa yang boleh ambil Amal, Amal nak jumpa kekawan yang dah lama tak jumpa...ala.." aku perhatikan saja gelagat Amal, lalu aku bertanya kenapa Mal? Amal dengan pantas menjawab.. "Amal nak pergi sertai melawat Rumah Anak Yatim ma tapi Amal tak pandai nak pergi sendiri... aku bertanya di mana tempatnya? Dia menjawab kat Ceras ma...boleh kita pergi sama tak ma... hati aku terusik walaupun banyak perkara dekat rumah yang perlu aku selesaikan...maklum orang gaji aku mohon berhenti.. maklum sudah lapan tahun bersama aku dan keluarga, pembantu yang bagus..aku redho. Dia pun ada masa depan dia juga.
Dengan rela aku angguk, sedangkan dalam fikiran aku tak tahu jalan, kami siap-siap dan aku terus membawa kereta bersama nya, doa aku, kalau aku buat kerja baik tuhan akan permudahkan. Dalam perjalanan aku teringat saudara aku yang duduk dekat ceras, aku call dan minta tolong tunjukkan dengan alamat yang Amal bagi tahu. Aku bersyukur dia menunjukkan jalan dan menyertai sama rombongan kami, syukur secara tidak langsung dia adalah penyambung silaturrahim, tambahan orang yang di muliakan itu anak-anak yatim..bertuahlah pada yang meredhokannya. Lapangkan lah rezeki dia dan keluarganya. Terima kasih 'D' tolong menyampaikan hajat anak aku. Jasa mu ku kenang.
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" .
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 36.
Mula Dengan Nama Allah...
SALAM....
JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..
SPA MINDA
1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.
2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.
3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.
4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.
5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.
6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).
7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.
8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.
Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.
Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......
Monday, December 28, 2009
SILATURRAHIM
Posted by anna zue at 4:54 PM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
DUGAAN ALLAH BAGI YANG MAMPU MENERIMANYA
Dugaan yang Allah bagi adalah hanya untuk orang yang bertuah sahaja...kerena Allah tahu mereka ini mampu... Ya Allah aku redho dengan ujian mu...tapi aku mohon jangan lah terlalu lama....kerana aku takut keiklasan ku tidak mampu bertahan.
Ya Allah! semua yang ada pada ku adalah hak Mu..yang Kau pinjam kan untuk seketika... bila-bila masa sahaja boleh Kau ambil dan Kau pinjamkan kepada yang lainnya... mungkin sebagai pengajaran pada yang mahu berfikir. Siapa lah kita untuk menahannya. Jadikan cabaran yang Kau beri pada ku...boleh menambahkan takwa aku pada Mu ya Allah.
Ya Allah...tingkatkan kesabaran ku setinggi tingginya....kerana aku takut ada kesilapan lisan ku bila berbicara... aku tidak mahu menjatuhkan air muka sesiapa pun...sesungguhnya tidak termampu ku tanggung jatuhnya air muka ku di hadapan Mu...
Permudahkan segala urusan ku...hanya kerana Mu. Gerakkan hati ku agar merindui waktu-waktu solat Mu dan senantiasa menyegerakannya. Jadikan lah Ia adalah lebih utama dari sekalanya.
Amin...Wallahua'lam..
Posted by anna zue at 10:56 AM 0 comments
Tuesday, December 8, 2009
JANGAN TERLALU BERPERASANGKA...
Jangan terlalu berperasangka buruk hingga menampakkan kebodohan dan kesalahan diri kita sendiri. Berperasangka buruk juga menandakan hati kita tidak bersih mungkin ada kesalahan lalu yang masih bermain di fikiran... bersih kan dengan berbaik sangka terutama pada Allah...Insyaallah Allah akan menolong kita dan di permudahkan perjalanan hidup kita ini.
Kenapa kita sering kali menyalahkan orang lain...pernahkah kita terfikir kesalahan itu sebenarnya bermula dari diri kita sendiri...saya selalu mengatakan...saya bukanlah orang yang terbaik di muka bumi Allah ini...apa pun kebaikan yang ada pada diri saya adalah pinjaman Allah semata mata..pernah kah kita juga terfikir sifat yang baik dan dan wajah yang indah/bijaksana itu adalah sifat Allah yang hanya di pinjamkan seketika kepada hambanya... kenapa kita perlu bongkak dan mendabik dada... tidak kah kita berasa malu pada Nya.
Cuba hayati senikata ini... 'MUHASABAH CINTA'(Edcoustic)
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Posted by anna zue at 7:35 AM 0 comments
Wednesday, November 18, 2009
SPA MINDA MEMBUKA TIRAI SEMULA
Agak lama tidak menjenguk ke Spa Minda.... ada juga kakawan yang bertanya kenapa dah lama Spa Minda ini tertutup jendelanya...kadang-kadang ada masa kena tutup untuk sementara...memberi ruang untuk kawan-kawan menjeguk laman blog yang lain pula untuk bertukar rasa dan selera. Kadang kadang hasil idea yang di beri mungkin mengusik perasaan sesetengah kawan-kawan...jadi berdiam diri adalah lebih baik, sambil muhasabah diri.
Cuma saya berpesan pada diri saya sendiri, jangan lah kita nampak rumput dihalaman orang sahaja tapi di laman sendiri kita belum tahu subur ke tidaknya...jadikan dia tauladan dan pengajaran...cakap kampung nya jangan kita jaga tepi kain orang...lihat dulu tepi kain kita sendiri....masih utuh atau benang nya dah mula tercabut satu persatu... sedar-sedar diri kita... hidup kita bukan lama sangat di bumi Allah ini...apakah hendak kita persembahkan nanti di sana yang kekal abadi. Jangan kerana pulut santan binasa...kerana mulut di herit ke Neraka.
Jangan ikut resmi ayam...bertelur satu riuh sekampung, ikut lah resmi padi tunduknya makin berisi.. ikutlah resmi penyu di pantai... telur beratus tak pernah berbangga... Jangan kita ingat kita dah pandai...seiras tengok dah boleh meneka... ingat...ada orang yang lagi maha dan mahir memerhatikan terus ke hati kita...dan juga mendoakan kita kalau diri kita dalam rahmatNya.
Cuba kita tenung sedalam nya diri kita...adakah....
Dalam Kesakitan teruji KESABARAN,
Dalam Perjuangan teruji KEIKHLASAN,
Dalam Ukhwah teruji KETULUSAN,
Dalam Tawakal teruji KEYAKINAN,
HIDUP ini amat indah jika segalanya kerana ALLAH.......
Posted by anna zue at 11:30 AM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
HARI KELUARGA KOPERASI PROTON
Pada pukul 12.30 tenggah hari hari Sabtu lepas aku bertolak dari Shah Alam ke PD ke Hotel Glory Beach Resort bersama-sama dengan anak-anak ku. Oleh kerana check in pukul 2.30 petang sedang elok aku dan ana-anak ku sampai di situ. Bersyukur Akim yang bawa kereta, aku boleh rehat sedikit. Ramai kawan-kawan ku dan keluarga masing-masing berada di ruang tamu hotel untuk pendaftaran dan mengambil kunci bilik. Semasa aku membuat pendaftaran aku terjumpa En Yaakub juga membuat pendaftaran, rupanya ada seminar SNE di sana juga.... aku tidak tahu rupanya....Setelah membuat pendaftaran dan ambil kunci kami terus ke bilik dengan membawa beg-beg pakaian. Tiba-tiba sms dari hp aku berbunyi... lepas asar acara sukanika di pantai harap berada di sana.. terima kasih.. ajk memberi arahan... kami semua akur sebab ini adalah aktiviti berkumpulan.
Setelah rehat sebentar di bilik dan tukar pakaian aku dan anak-anak dan juga kekawan yang lain berkumpul di pantai, riuh rendah bunyi anak-anak bermain dan ada juga kumpulan lain di situ.. meriah jadi nya. Berbagai acara di adakan oleh pihak hotel, tak ketinggalan aku dan anak-anak ikut serta... yang best acara berpasangan aku dapat naib johan. Sukanika ini berlangsung sehingga pukul 7.00 ptg kami semua pun mula beredar meninggalkan pantai.. cantik warna pancaran matahari memukul air laut pantai PD waktu itu... dalam riuh rendah gelak tawa kawan-kawan dan anak-anak, sesekali hati aku pilu... banyak yang bersarang di benak ku....
Sekali lagi di ingatkan pukul 8.00 malam semua berada di perkarangan hotel untuk makan malam.... acara seterusnya penyampaian hadiah dan cabutan bertuah...lepas masing-masing menjamu selera tiba lah masa untuk penyampaian hadiah..sukanika petang tadi dan lagi sekali cabutan betuah mengembirakan aku... aku dapat jam tangan Samsung... cantik dan comel. Acara malam itu berakhir pukul 11.00 malam. Aku dan anak-anak beredar dari situ agak awal sebab dah keletihan..
Pagi Ahad adalah acara bebas sarapan dan bagi sesiapa nak mandi kolam dan sebagainya.. tapi aku dan anak-anak terus berehat sehingga check out pukul 12.30 tengahari. Begitu lah serba sedikit cerita hari keluarga koperasi... terima kasih pada petugas-tugas.. good job.
Posted by anna zue at 12:26 AM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
KALAU SUDAH REZEKI TAK KAN KEMANA
Posted by anna zue at 1:36 PM 0 comments
MELAIKAN AMALAN
Posted by anna zue at 11:56 AM 0 comments

