Mula Dengan Nama Allah...
SALAM....
JOM SANTAI....TENANGKAN MINDA..
SPA MINDA
1. Ayat ayat indah dari Al Quraan dan Hadis dan kata nasihat sebagai santapan rohani.
2. Warna indah alam semulajadi, aroma dan irama alam yang boleh menenangkan jiwa dan perasaan.
3. Indah nya warna permata pada tubuh melambangkan kesihatan dan keceriaan.
4. Keunikan alat solek untuk mengindahkan wajah.
5. Corak yang menawan memukau pandangan untuk pakaian dan fesyen.
6. Indahnya bahasa ibunda dan bahasa puitis, pantun, seloka,sajak dan nyayian (tidak berunsurkan seksual).
7. Aroma aroma yang menyelerakan didapur bonda, respi orang lama dan baru.
8. Membentuk tubuh yang menawan dan minda yang cerdas dengan senaman dan bersukan.
Dengan terilhamnya tajuk tajuk diatas saya mengalu-ngalukan bakat yang terpendam yang selama ini hanya berlegar di minda sahaja.
Jadikan Blog 'Spa minda' sebagai jambatan ilmu yang boleh kita manafaatkan bersama sampai bila-bila. InsyaAllah ........Sekian, salam perkenalan dan bersantai minda.......
Tuesday, December 29, 2009
MAHKAMAH ALLAH ITU BENAR
Posted by anna zue at 4:39 PM 0 comments
JIWA KACAU
Ha...ha...ha.... pagi aku agak ting tong sikit.... Terjerit Amal tengok aku keluar rumah pergi kerja dengan tak pakai tudung hanya pakai anak nya je...adoi...kenapa aku begitu pagi ni...agaknya terlalu banyak fikir yang negetif... sampai dekat opis aku baru perasan lupa bawa 'Kad Kerja'... MasyaAllah kenapa aku pagi ni...??? Ya Allah permudahkan lah urusan ku.
Kalau cerita dengan Master-Master Reiki aku...mereka mesti ketawakan aku...sah lah mereka mengatakan aku kurang buat meditasi. Tiada ketenangan jiwa. Aku manusia biasa tidak lari dengan keadaan yang begini... setenang-tengan air di kali...sesekali berkocak juga kalau batu di lontar kedalamnya, begitu juga dengan perasaan dan hati ku. Sikap manusia di sebelah kanan bahu ku membuatkan hati aku betul betul hancur, perlukah aku berbicara di sini? adakah ini tempat aku meluahkan perasaan ku... sampai bila aku harus di zalimi.. tidakkah engkau takut pada pencipta Mu. Pernahkah engkau terfikir apa yang ada pada mu sekarang adalah amanah Nya. Adilkah engkau pada mereka. Kalau sudah tidak berlaku adil dan sentiasa menzalimi pulang kan kepada haknya, agar tidak di bebani dosa. Terjawabkah engkau di mahkamah tuhan nanti, sedangkan mahkamah manusia pun kau jadi pengecut.
Mujurlah aku ada anak-anak yang sangat menghormati dan mengambil berat tentang diri ku....mereka sangat manja dengan ku, membuatkan aku terhibur dan ceria, kalau di lihat dari mata kasarnya aku seorang yang periang dan penyayang dan sentiasa bertenang, cuma dalam hati, Allah saja yang tahu. Sesekali bila dah terlalu terganggu... bagai pagi ini jadinya.
Kadang-kadang dalam kemelut hidup ku, ada juga kekawan yang mempunyai masalah rumahtangga yang lagi hebat ujiannya... sehingga terpaksa membawa diri, mereduhkan keadaan. Yang kelakarnya bila aku tanya tiada jawapan pasti konon nak menyembunyikan... Kenapa begitu, sekarang diri aku tercabar untuk aku menggunakan ilmu yang aku pelajari....untuk mengetahui sebab nya, ketenangan perlu dari segi fizikal, mental, emosi dan spritualku...tunggu selepas aku buat solat sunat dhuha dahulu...aku berhenti seketika...
Posted by anna zue at 8:10 AM 0 comments
Monday, December 28, 2009
TAHAJJUD CINTA
Bagi yang suka berfikir hayati lah rangkap-rangkap indah ini... tahniah pada penciptanya.
Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Posted by anna zue at 6:07 PM 0 comments
SILATURRAHIM
Allah telah berfirman, “Barang siapa memutus tali silaturrahim, maka akan Aku putus rezekinya”.
Memandangkan firman Allah di atas, menyambung silaturrahim tak kira dimana jua secara tidak langsung membuka pintu rezeki kepada kita.
Suka aku nak berkongsi cerita dengan yang suka mengintai Spa Minda ini... pagi-pagi lagi anak sulung aku merungut rungut "camana nak pergi tak tahu jalan...siapa yang boleh ambil Amal, Amal nak jumpa kekawan yang dah lama tak jumpa...ala.." aku perhatikan saja gelagat Amal, lalu aku bertanya kenapa Mal? Amal dengan pantas menjawab.. "Amal nak pergi sertai melawat Rumah Anak Yatim ma tapi Amal tak pandai nak pergi sendiri... aku bertanya di mana tempatnya? Dia menjawab kat Ceras ma...boleh kita pergi sama tak ma... hati aku terusik walaupun banyak perkara dekat rumah yang perlu aku selesaikan...maklum orang gaji aku mohon berhenti.. maklum sudah lapan tahun bersama aku dan keluarga, pembantu yang bagus..aku redho. Dia pun ada masa depan dia juga.
Dengan rela aku angguk, sedangkan dalam fikiran aku tak tahu jalan, kami siap-siap dan aku terus membawa kereta bersama nya, doa aku, kalau aku buat kerja baik tuhan akan permudahkan. Dalam perjalanan aku teringat saudara aku yang duduk dekat ceras, aku call dan minta tolong tunjukkan dengan alamat yang Amal bagi tahu. Aku bersyukur dia menunjukkan jalan dan menyertai sama rombongan kami, syukur secara tidak langsung dia adalah penyambung silaturrahim, tambahan orang yang di muliakan itu anak-anak yatim..bertuahlah pada yang meredhokannya. Lapangkan lah rezeki dia dan keluarganya. Terima kasih 'D' tolong menyampaikan hajat anak aku. Jasa mu ku kenang.
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" .
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 36.
Posted by anna zue at 4:54 PM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
DUGAAN ALLAH BAGI YANG MAMPU MENERIMANYA
Dugaan yang Allah bagi adalah hanya untuk orang yang bertuah sahaja...kerena Allah tahu mereka ini mampu... Ya Allah aku redho dengan ujian mu...tapi aku mohon jangan lah terlalu lama....kerana aku takut keiklasan ku tidak mampu bertahan.
Ya Allah! semua yang ada pada ku adalah hak Mu..yang Kau pinjam kan untuk seketika... bila-bila masa sahaja boleh Kau ambil dan Kau pinjamkan kepada yang lainnya... mungkin sebagai pengajaran pada yang mahu berfikir. Siapa lah kita untuk menahannya. Jadikan cabaran yang Kau beri pada ku...boleh menambahkan takwa aku pada Mu ya Allah.
Ya Allah...tingkatkan kesabaran ku setinggi tingginya....kerana aku takut ada kesilapan lisan ku bila berbicara... aku tidak mahu menjatuhkan air muka sesiapa pun...sesungguhnya tidak termampu ku tanggung jatuhnya air muka ku di hadapan Mu...
Permudahkan segala urusan ku...hanya kerana Mu. Gerakkan hati ku agar merindui waktu-waktu solat Mu dan senantiasa menyegerakannya. Jadikan lah Ia adalah lebih utama dari sekalanya.
Amin...Wallahua'lam..
Posted by anna zue at 10:56 AM 0 comments
Tuesday, December 8, 2009
JANGAN TERLALU BERPERASANGKA...
Jangan terlalu berperasangka buruk hingga menampakkan kebodohan dan kesalahan diri kita sendiri. Berperasangka buruk juga menandakan hati kita tidak bersih mungkin ada kesalahan lalu yang masih bermain di fikiran... bersih kan dengan berbaik sangka terutama pada Allah...Insyaallah Allah akan menolong kita dan di permudahkan perjalanan hidup kita ini.
Kenapa kita sering kali menyalahkan orang lain...pernahkah kita terfikir kesalahan itu sebenarnya bermula dari diri kita sendiri...saya selalu mengatakan...saya bukanlah orang yang terbaik di muka bumi Allah ini...apa pun kebaikan yang ada pada diri saya adalah pinjaman Allah semata mata..pernah kah kita juga terfikir sifat yang baik dan dan wajah yang indah/bijaksana itu adalah sifat Allah yang hanya di pinjamkan seketika kepada hambanya... kenapa kita perlu bongkak dan mendabik dada... tidak kah kita berasa malu pada Nya.
Cuba hayati senikata ini... 'MUHASABAH CINTA'(Edcoustic)
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Posted by anna zue at 7:35 AM 0 comments
Wednesday, November 18, 2009
SPA MINDA MEMBUKA TIRAI SEMULA
Agak lama tidak menjenguk ke Spa Minda.... ada juga kakawan yang bertanya kenapa dah lama Spa Minda ini tertutup jendelanya...kadang-kadang ada masa kena tutup untuk sementara...memberi ruang untuk kawan-kawan menjeguk laman blog yang lain pula untuk bertukar rasa dan selera. Kadang kadang hasil idea yang di beri mungkin mengusik perasaan sesetengah kawan-kawan...jadi berdiam diri adalah lebih baik, sambil muhasabah diri.
Cuma saya berpesan pada diri saya sendiri, jangan lah kita nampak rumput dihalaman orang sahaja tapi di laman sendiri kita belum tahu subur ke tidaknya...jadikan dia tauladan dan pengajaran...cakap kampung nya jangan kita jaga tepi kain orang...lihat dulu tepi kain kita sendiri....masih utuh atau benang nya dah mula tercabut satu persatu... sedar-sedar diri kita... hidup kita bukan lama sangat di bumi Allah ini...apakah hendak kita persembahkan nanti di sana yang kekal abadi. Jangan kerana pulut santan binasa...kerana mulut di herit ke Neraka.
Jangan ikut resmi ayam...bertelur satu riuh sekampung, ikut lah resmi padi tunduknya makin berisi.. ikutlah resmi penyu di pantai... telur beratus tak pernah berbangga... Jangan kita ingat kita dah pandai...seiras tengok dah boleh meneka... ingat...ada orang yang lagi maha dan mahir memerhatikan terus ke hati kita...dan juga mendoakan kita kalau diri kita dalam rahmatNya.
Cuba kita tenung sedalam nya diri kita...adakah....
Dalam Kesakitan teruji KESABARAN,
Dalam Perjuangan teruji KEIKHLASAN,
Dalam Ukhwah teruji KETULUSAN,
Dalam Tawakal teruji KEYAKINAN,
HIDUP ini amat indah jika segalanya kerana ALLAH.......
Posted by anna zue at 11:30 AM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
HARI KELUARGA KOPERASI PROTON
Pada pukul 12.30 tenggah hari hari Sabtu lepas aku bertolak dari Shah Alam ke PD ke Hotel Glory Beach Resort bersama-sama dengan anak-anak ku. Oleh kerana check in pukul 2.30 petang sedang elok aku dan ana-anak ku sampai di situ. Bersyukur Akim yang bawa kereta, aku boleh rehat sedikit. Ramai kawan-kawan ku dan keluarga masing-masing berada di ruang tamu hotel untuk pendaftaran dan mengambil kunci bilik. Semasa aku membuat pendaftaran aku terjumpa En Yaakub juga membuat pendaftaran, rupanya ada seminar SNE di sana juga.... aku tidak tahu rupanya....Setelah membuat pendaftaran dan ambil kunci kami terus ke bilik dengan membawa beg-beg pakaian. Tiba-tiba sms dari hp aku berbunyi... lepas asar acara sukanika di pantai harap berada di sana.. terima kasih.. ajk memberi arahan... kami semua akur sebab ini adalah aktiviti berkumpulan.
Setelah rehat sebentar di bilik dan tukar pakaian aku dan anak-anak dan juga kekawan yang lain berkumpul di pantai, riuh rendah bunyi anak-anak bermain dan ada juga kumpulan lain di situ.. meriah jadi nya. Berbagai acara di adakan oleh pihak hotel, tak ketinggalan aku dan anak-anak ikut serta... yang best acara berpasangan aku dapat naib johan. Sukanika ini berlangsung sehingga pukul 7.00 ptg kami semua pun mula beredar meninggalkan pantai.. cantik warna pancaran matahari memukul air laut pantai PD waktu itu... dalam riuh rendah gelak tawa kawan-kawan dan anak-anak, sesekali hati aku pilu... banyak yang bersarang di benak ku....
Sekali lagi di ingatkan pukul 8.00 malam semua berada di perkarangan hotel untuk makan malam.... acara seterusnya penyampaian hadiah dan cabutan bertuah...lepas masing-masing menjamu selera tiba lah masa untuk penyampaian hadiah..sukanika petang tadi dan lagi sekali cabutan betuah mengembirakan aku... aku dapat jam tangan Samsung... cantik dan comel. Acara malam itu berakhir pukul 11.00 malam. Aku dan anak-anak beredar dari situ agak awal sebab dah keletihan..
Pagi Ahad adalah acara bebas sarapan dan bagi sesiapa nak mandi kolam dan sebagainya.. tapi aku dan anak-anak terus berehat sehingga check out pukul 12.30 tengahari. Begitu lah serba sedikit cerita hari keluarga koperasi... terima kasih pada petugas-tugas.. good job.
Posted by anna zue at 12:26 AM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
KALAU SUDAH REZEKI TAK KAN KEMANA
Posted by anna zue at 1:36 PM 0 comments
MELAIKAN AMALAN
Posted by anna zue at 11:56 AM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
RONA RENDANG TOK
Ini Respi turun temurun dari orang lama....dari atok dan nenek.. asli punya. Kalau buat pasti buah hati suka. (Suami, anak-anak dan kekawan).
RONA RENDANG TOK
Bahan Utama :-
3 Kilo daging (Bahagian Atas) potong sederhana besar.
9 biji santan kelapa (Ambil pati nya).
3 biji kerisik (Kelapa jangan terlalu tua).
¾ kilo bawang merah ] mayang, goring jangan sampai garing.
¼ kilo bawang putih ] mayang, goreng jangan sampai garing.
Cili kering RM2 ~ RM3 - goreng gareng kisar halus.
Serai 15 ~ 20 batang serai ]
Lengkuas 3” ~ 4 “ ] } kisar.
1 ½ “ halia ]
1 ½ ~ 2 ketul gula kabung atau gula melaka (sederhana).
(Sedikit kicap pekat – kalau suka).
Garam secukup rasa.
Bahan-bahan rempah untuk perap daging :-
2 sudu besar ketumbar ]
2 sudu besar jintan kasar ]
1 sudu besar jintan halus ]
3 batang kulit kayu manis ] } goreng tanpa minyak dan kisar halus kering.
3 kuntum bunga lawang ]
3 biji buah pelaga ]
3 kuntum bunga cengkeh ]
Bahan untuk di tumis:-
15 biji bawang merah ]
8 ulas bawang putih ] } mayang.
1” halia ]
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
½ cawan minyak masak
Cara membuatnya :-
Bersih kan daging.
Semua bahan yang telah di kisar dan di goreng + kerisik gaulkan rata bersama daging perapkan selama 4 jam.
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau, masukkan daging yang telah diperap tadi…gaul dengan bahan yang sedang ditumis sehingga rata…gaul kan beberapa minit dan akhir sekali masukkan santan.
(Jangan lupa rasa-rasa garam dan gulanya).
Sentiasa dikacau sehingga daging masak dan lembut.
Posted by anna zue at 9:50 AM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
RONA TART NENAS/BLUEBERRY CHEESE
Tetapi sudah sikap kebiasaan saya... saya jenis tidak boleh tunggu... sebenarnya bukan saya tidak tahu membuat Tart Nenas ni...cuma nak tumpang bermanja dengan kawan-kawan... saya sedar Tart Nenas saya tak la berapa hebat sangat... mula lah saya buat penyelidikan bagaimana nak memperbaiki Tart Nenas saya biar lebih istimewa dan orang ingat sampai bila-bila... hampir 10 x percubaan membuatnya...cuba bagi kawan-kawan rasa dan minta komen...sehingga saya berpuas hati dengan hasilnya... Ramai yang kata Rona Tart Nenas saya...rasa lemak dan berkrim...bila masuk ke mulut dia sebati dengan jem nenas nya... tak la nak berbangga.... tapi dah mula dapat order... kekawan semua puas hati...cuma takut nak kempen besar besaran masa raya tahun ini...takut tak mampu membuatnya lebih..kerana saya bagi tumpun pada Rona Makmur... ramai kekawan...angin satu badan... kerana saya buat2 sombong... ada yang nak buat tempahan Raya Haji ini... berbaloi-baloi.... saya buang sikit masa untuk belajar untuk memperbaiki caranya.
Itu lah saya... tidak pernah putus asa... dan buat lah kerana keredaan Allah...kita dapat barakah Nya...!
Posted by anna zue at 8:32 PM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
RONA MAKMUR
Bulan puasa sudah hampir kepenghujungnya... kawan-kawan ku mula rancak mengagih-agihkan kueh raya yang telah di tempah pada awal puasa lagi.. Begitu juga Rona Makmur tahun ini bagai goreng pisang panas... Syukur aku kepada Allah SWT dengan rezki yang di lempahkan di bulan yang barakah ini. Tempahan kueh Rona Makmur sekali ganda lebih banyak dari tahun-tahun lepas...mungkin kerana apa yang aku kerjakan bukan hanya ingin mendapatkan keuntungan tetapi ingin mendapat keredaanNya sekali gus kepuasan pelanggan.
Terima kasih pada yang menjadi pengedar-pengedar semusim ku.. dan terima kasih juga kepada pembantu ku yang bersungguh-sungguh membantu menyediakannya. Kita harus jangan terlalu berkira, lagi kita banyak kita memberi lagi banyak Allah akan limpahkan rezkinya. Biasanya Rona Makmur sehingga akhir cuti nak balik beraya orang masih membelinya.Hide all
Yang membuatkan aku lagi teruja.. pada satu hari aku dan kawan-kawan koperasi tempat kerja aku mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Ani Sup Utara Koperasi di. Ampang Water Front disamping anak-anak yatim pihak Ani Sup Utara menjemput juga kawan niaganya yang berjiran di primisnya. Dengan tidak secara langsung saya berkenalan dengan usahawan yang mengedarkan produk dingin beku dan kueh-kueh tradisional melayu.. kebetulan aku membawa dua bekas Rona Makmur ku... dan aku memberi dia mencubanya... dia amat berpuas hati.
Usahawan ini bukan hanya memperkenalkan produk-produknya dalam negara sahaja.. malah dia sudah menjelajah ke 18 buah negara memperkenalkan makanan tradisonal Melaysia ini.
Dia juga membantu usahawan-usahawan kecil luar bandar yang pandai buat produk..tapi tak pandai memasarkan lebih jauh produk-produk mereka, malah ada yang sudah menjadi jutawan atas bimbingan dan nasihat dari nya walaupun pada mulanya pembuatan hanya di belakang rumah sahaja.
Dia berhasrat ingin membawa Rona Makmur ini ke Jepun pada bulan Oktober nanti. Dia menasihatkan aku menukar cara pembukusan... maklum perjalanan agak jauh. Semangat aku dah mula berkobar...kenapa masih menunggu... kalau "sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan" di samping itu saya akan cuba luaskan lagi perniagaan ini..
Nanti aku sambung cerita lagi...mengenai Rona Tart Nenas pula...tungguuuu....
Posted by anna zue at 1:34 AM 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
ERATKAN SILATURRAHIM
Posted by anna zue at 8:10 AM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
YA... ALLAH PELIHARA LAH LISAN KU..
Wasiat Imam Hassan Al-Banna.
.
Uqbah bin Amir r.a bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah, apa sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu Berjaya dan Bahagia dalam hidupnya?. Rasulullah menjawab, “Peliharalah lidahmu, berlapanglah kamu di rumahmu, menangislah terhadap kesalahan (dosa) yang engkau lakukan”.
(HR Abu Daud, Tirmidzi)
.
Kerana lidah.. rosak persaudaraan yang terjalin.
Kerana lidah, retak hubungan yang tersimpul rapi sebelum ini.
Kerana lidah, orang lain merana.
Bukan kerja senang untuk ‘meluruskan’ lidah dan bukan senang nak 'menjaga' lidah nie...kalau lidah yang dah biasa mencaci dan mengata orang....itulah yang akan terbiasanya... Sebab tu, kita kena jaga lidah ni daripada menyakiti hati orang lain. Apatah lagi....sama ada perkataan itu tidak sengaja atau disengajakan...yang mana mungkin bisa menyakiti sekaligus melukakan hati-hati..
.
Dalam hadis pun ada menyebut, hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
.
Mugkin itu dikatakan...hikmah berdiam....
.
Justeru, Islam memberi perhatian serius terhadap penjagaan lidah. Peri pentingnya penjagaan lidah itu sehingga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa diam dia berjaya”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
.
Pada waktu lain Baginda SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
.
Al-Quran mengingatkan bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” .
(Surah Qaf, ayat 18).
Posted by anna zue at 3:58 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
CERAMAH AGAMA 27/08/09
Seperti biasa aku terpanggil untuk pergi ke majlis ilmu di Auditorium tempat aku bekerja. Tajuk tazkirah Ramadhan pada hari ini mengenai 'Taubat" di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki b Abd Rani.
Bertaubat adalah dituntut pada bulan Ramadhan, semasa kita dalam berkadaan, letih, lapar dan dahaga dengan lembut hati kita bermohon dengan Allah. Dosa besar bertaubatlah dengan taubat nasuha. Jika dosa-dosa kecil mohon lah dengan beristigfar sebanyak mana yang mungkin, sekurang-kurang 7o kali sehari.
4 Syarat-syarat taubat :-
1. Buang/menjauhi semua punca-punca yang mendatang kan maksiat.
2. Memohon keampunan pada Allah dengan rasa penyesalan yang bena-benar dengan linangan air mata.
3. Berazam tidak mengulangi dan mengungkit dosa yang lalu. Kalau masih mengulangi jiwa kita tidak tenteram boleh mengundang musibah dan masalah.
4. Banyakan mendengar kalimah-kalimah yang mengajak kejalan Allah. Banyakan mengikuti majlis ilmu. Mendekati orang yang lembut hati sentiasa menyebut kalimah Allah.
4 Tanda orang bertaubat :-
1. Mengawal lidah dari berkata yang sia-sia.
2. Hilang perasaan dendam, cemburu, irihati dan dengki.
3. Hati mulai jernih.
4. Bersiap untuk hari kematian.
4 Tanda taubat di terima:-
1. Putus hubungan dengan orang yang selalu melakukan maksiat.
2. Menghentikan Maksiat
3. Hilang rasa keduniaan, perbuatan cenderung ke akhirat.
4. Bertenang dengan rezeki yang Allah turun kan. Bertenang menghadapi ujian.
Posted by anna zue at 2:33 PM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
CERAMAH AGAMA 26/08/09
Tengahari tadi aku pergi dengar ceramah agama dengan Milla dan kekawan aku yang lain dengan menaiki bas yang di sediakan oleh pihak syarikat. Di sampaikan oleh Ustaz Nik Zawawi b Selleh, bekas pensyarah UM.
Tajuk ceramah ialah 'Rezeki yang di berkati Allah.'
Di antara lain yang dapat aku catit dekat PDA aku.
Mengenai nikmat yang di berikan oleh Allah tidak dapat di hitung banyaknya, usahkan nak di hitung, seminggu atau sebulan atau setahun, malah sehari semalam pun tidak dapat kita hitung, banyak sangat nikmat yang di kurnia kan Nya, contoh nikmat penglihatan... apa kata kalau kita bangun pagi... tiba kita tidak dapat melihat seperti biasa, pada ketika ini barulah kita sadar untuk menilai nikmat penglihatan ini.. nikmat adalah sebahagian dari rezeki yang di berikan oleh tuhan.
Rezeki yang di kurniakan oleh tuhan bukan duit dan harta kekayaan semata-mata dan semua ini bukanlah hak kita... walau pun gaji yang kita dapat dari pekerjaan kita pun, ia bukan hak mutlak kita. Semua itu adalah hak Allah. Harta pula hendaklah yang halal dan ke arah mana dan pada siapa harus kita agihkannya.
Ada kah kerana kita sibuk dengan jawatan dan keluarga atau lebih mengutamakan isteri bagi yang sudah berkahwin kita lupa tanggung jawab dan hak kita kepada ibu bapa kita?. Harus seimbang kalau kita ingin bahagia dunia dan akhirat.
Dunia ini manis dan mempersona, ini lah yang membimbang kan Rasulullah S.A.W yang pernah di sabdakan pada para sahabat, takut umat islam ini lalai dan leka. Rasulullah juga tidak takut pada umatnya miskin, tetapi lebih takut pada yang kaya raya sampai lupa diri dan pada Allah.
Wallahualam.
Posted by anna zue at 4:07 PM 0 comments
FADILAT RAMADHAN
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
Sila ke : http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html untuk mengetahui selanjutnya, sangat menarik.
Posted by anna zue at 2:25 PM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
SEMALAM, HARI INI, DAN ESOK
Semalam adalah kenangan atau sejarah, hari ini adalah kenyataan dan esok pula adalah anggan-angan atau misteri.
Cuma kelebihan yang di beri kepada kita adalah ikhtiar dan doa, Itu adalah senjata orang islam. Bersyukur kita di lahirkan islam dan wajib percaya pada Qadak dan Qadar. Kalau kita tidak percaya ini.. tak beriman namanya... kalau tak caya tanya ustaz.. Maha suci Allah sentiasa menguji hambanya, baik dari pengalaman semalam dan perkara yang kita lalui hari ini dan hari esok yang belum kita tahu realitinya, walaupun cuma kita hanya dapat menekanya sahaja..
Kadang-kadang kita tertipu dengan telahan atau tekaan kita.... membuat apa yang ada di sekeliling kita berubah.. kerana sikap kita sendiri.
Kenapa kita tidak perbaiki pengalaman semalam untuk menceria dan kehidupan kita pada hari ini yang sedang kita lalui supaya lebih bernilai dan bermakna.
Tetapi bagaimana kalau kenangan semalam dan sejarah semalam, sangat menyakit dan memedihkan hati kita...sehingga masih mengganggu kehidupan kita pada hari ini... bagaimana kita harus hadapi nya supaya hari esok yang belum pasti membawa kebahagian dan keceriaan.
Adakah orang di sekeliling kita membantu ke arah keceriaan yang kita impikan. Kadang-kadang orang yang paling hampir dengan kita yang mencuri segala impian kita, memusnahkan segalanya sehingga pengalaman yang menyakiti hati kita yang lalu bagai berulang semula dan mungkin lebih parah... adakah mereka ini memahami... belum tentu dik kerana mereka mengatakan mereka lah yang pandai dan betul. Sikap ego mereka ini sebenarnya akan merugikan mereka sendiri, sebab pada kita sejarah hitam tidak akan berulang lagi... dan ibarat pisang tak akan berbuah dua kali... dan kita harus keluar dalam keadaan dan cengkaman ini....
Sesekali kita kita harus pentingkan diri kita sendiri...
YA ALLAH! TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI AMAT MENGASIHANI, PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUP KU, AGAR IA MENJADI PERMULAAN KEBAHAGIAN HIDUP KU DI AKHIRAT, DAN BIARLAH KEIKLASAN KALBU KU SEIRING DENGAN LISAN KU... AMIN..!
Posted by anna zue at 9:32 PM 0 comments
Tuesday, August 18, 2009
BUTA HATI - SAKIT JIWA
Secara umum, pasti kita semua sudah tahu apakah “Penyakit Buta Hati”..iaitu penyakit yang dideritai oleh orang yang mata zahirnya normal, tapi mata batin/hatinya buta…orang ini sangat didorong oleh nafsu duniawinya saja, atau kalau menurut Sigmund Freud ( Ahli Psikologi), didorong oleh sifat “Id”…yaitu semacam “Drive” atau nafsu alami yang dibawa sejak lahir, untuk melakukan apa saja yang menjadi kehendak nafsu dunianya, baik pun kehendak fisikal maupun non fisikalnya..yang selalu bertentangan dengan sifat “Super Ego”nya yang selalu berusaha menjayakan nafsu buruk Id tersebut..
Pada orang yang normal, sifat/nafsu buruk/jahatnya Id, selalu boleh dikawal, diseimbangkan oleh kekuatan Ego yang bekerjasama dengan sifat alami Super Ego yang selalu mengajak manusia berbuat kebaikan…
Jadi menurut Sigmund Freud, sejak lahir manusia sudah membawa bakat jahat yang terkandung dalam drive Id dan juga sudah membawa bakat kebaikan yang terkandung dalam drive Super Ego…..
Kedua drive/dorongan/sikap ini saling keliru seperti sifat iblis atau sifat malaikat…..karena itu, Allah juga melengkapi manusia dengan akal fikiran yang disebut “Ego”, yang tugas pokoknya harus selalu menjaga keseimbangan, keselarasan antara kekuatan Id/iblis dan Super Ego/malaikat…Bagaimana caranya?…
Caranya ialah Manusia harus selalu rajin meningkatkan kemampuan dan mengawal Egonya dengan selalu belajar dan belajar ilmu kehidupan , agar manusia tersebut memiliki kecerdasan intelektual, kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritual… secara seiring, seimbang dan selaras (harmonis)…
Pada orang yang menderita penyakit Buta Hati, Egonya tidak memiliki tiga kecerdasan tersebut secara harmonis, biasanya hanya memiliki kecerdasan intelektual saja, tanpa kecerdasan emosional dan spiritual….akibatnya orang ini memang sangat pintar, bahkan boleh dikatakan genius…tapi kepintarannya digunakan untuk kepentingan pribadinya…terjadilah kes-kes yang merugikan dan berbagai kes kedzaliman…
Penyakit buta hati bukan hanya dialami oleh para pemimpin, orang kaya atau dikalangan atasan…tapi boleh dialami/diderita oleh siapapun, termasuk orang miskin, penderita cacat sekalipun kalau sang Ego nya tidak boleh diharmonikan diantara hubungan Id/dorongan nafsu duniawi dengan Super Ego yang mendorong kepada sifat kebaikan dunia dan akhirat.
Apa kaitannya penyakit buta hati dengan sakit jiwa?(psikologi).… hampir semua penderita sakit jiwa, mulanya dari ketularan virus buta hati terlebih dulu….
Penyakit sakit jiwa ini boleh sembuh bila sipesakit ini mahu berusaha keras agar penyakit buta hatinya disembuhkan dulu, dengan cara belajar mensyukuri karuniaan Allah yang telah diberikan pada dirinya, sekecil manapun…jangan selalu merasa kurang perhatian dari orang lain, masyarakat dan Allah…
Kalau sudah terkena sakit ini, jika dia tetap tidak mahu memperbaiki dan mengubati penyakit buta hatinya, maka siapapun tidak boleh menyembuhkannya…
Posted by anna zue at 10:30 AM 0 comments
Monday, August 17, 2009
JADILAH SEPERTI POHON SEMALU
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa
wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
--dipanjangkan dari kawan-kawan--
Posted by anna zue at 11:45 AM 0 comments
Friday, August 14, 2009
WANITA PERLU BERILMU CERDIK DAN SABAR
12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia
akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan
baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai
atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di
atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan
menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.
-dipanjangkan dari kawan-kawan--
Posted by anna zue at 1:55 PM 0 comments
SIAPA KAH LELAKI DAMBAAN WANITA
Ciri-ciri lelaki terpuji
DALAM meniti kehidupan, tentu pernah terlintas dalam hati lelaki untuk menjadi individu hebat. Bukan sekadar dilihat hebat oleh wanita, malah dikagumi lelaki lain.
Namun, untuk memenuhi definisi mahupun klasifikasi lelaki hebat bukanlah mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan personaliti cemerlang. Namun, bagi segelintir pihak, soal kriteria dianggap terlalu subjektif.
Sehubungan itu, dalam membentuk peribadi dan personaliti hebat, lelaki cenderung menjadikan individu lain sebagai idola. Bagi lelaki muslim, tidak perlu berfikir panjang kerana idola yang harus dicontohi semestinya Nabi Muhammad SAW. Sebagai insan pilihan Allah, Rasulullah saw memiliki sifat terbaik seorang manusia.
“Rasulullah SAW dianggap insan kamil (sempurna). Maka sebagai seorang lelaki, beliau juga pastinya lelaki sempurna.
Sifat yang ada pada Rasulullah saw harus menjadi ikutan umat Islam kerana apa saja sifat positif, ada pada Baginda.
Ramai mengakui Rasulullah saw adalah contoh terbaik. Namun yang menjadi persoalan – sebagai lelaki mampukah kita mencontohi sifat nabi junjungan?
Kehebatan Rasulullah SAW mampu menggalas tanggungjawab sebagai penghulu, pemimpin, pemerintah, tempat rujukan, bapa, suami dan banyak lagi tanggungjawab dalam satu masa.
Memang sukar menjadi sempurna seperti Rasulullah saw. Tetapi kita dituntut berusaha mencontohinya. Lelaki bersifat seperti inilah sebenarnya maskulin, tampan, macho dan gentleman,” kata beliau.
Lelaki sering dikaitkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin. Bagaimana sifat dan amalan Rasulullah SAW boleh dipraktikkan lelaki?
Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap lelaki memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya dipunyai seseorang pemimpin.
Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin.
Oleh sebab itu, seseorang yang bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?
Dalam Al-Quran, sudah dinyatakan setiap lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Tanggungjawab seorang lelaki sebagai pemimpin pula amat berat. Mereka bukan hanya perlu memimpin satu pihak saja, tapi banyak pihak.
Justeru, seseorang lelaki mesti mengambil berat soal kesempurnaan pelaksanaan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kerana semua ini akan dihitung di akhirat nanti. Kalaupun seseorang lelaki itu cukup amal ibadatnya, namun tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, beliau tetap perlu menanggung balasannya.
--Atikal dari kawan seagama --
Posted by anna zue at 1:53 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
BERITA PALING GEMBIRA BUAT MAMA HARI INI
Tahniah Ana... anak u berjaya dalam kedua dua temuduga untuk mendapat Biasiswa Proton... dalam bepuluh-puluh orang yang memohon Amal adalah diantara 10 orang yang terpilih. Mama terdiam seketika..terkejut gembira.. Syukur Insyaalah sudah nampak sinar masa depan Amal. Selepas sembang sekejab dengan Ita mama pulang ke Opis mama semula..dan singgah di surau opis mama, menunaikan Solat Zohor dan Solat Sunat Syukur... mengalir air mata mama gembira...tercapai juga hajat Amal nak menjadi anak angkat Proton. Mama berbangga dengan Amal bukan dengan keputusan ini, malah dalam pelajaran juga. Semoga menjadi contoh pada adik-adik..sebagai anak yang sulung. Tahniah anak mama..
Posted by anna zue at 11:53 PM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
CONTOH KUEH MAKMUR
Dah lama tak menjengok blog ni...maklum buat buat sebok gitu...
Bulan puasa dah hampir tiba....mula la kekawan sibuk membawa contoh contoh kueh raya untuk di rasa...best-best belaka... kawan ku Aton biasa lah dengan kerepek-kerepeknya..Intan dengan biskut yang melelehkan air liur...tapi tak pe...sebab belum puasa..boleh lah mencuba.... Yang paling tak boleh lupa ikan pekasam Aton...itu lagi tak boleh tahan..pembuka selera tu...makan dengan nasi yang panas-panas...adoi..boroi la perut teman...
Dalam meriahnya suasana membuat pesanan kueh-kueh tersebut...terdengar suara-suara...mengusik jiwa... Kueh Makmur K Ana, bila nak bawa contohnya...adoi yang kelakar pertanyaan tu dari pelanggan tetap makmur... Yang tak pernah rasa ni pula ...dah meleleh air liur..sebab kekawan yang palanggan tetap ni...buat kempen... apa lagi kena buat contoh juga...
Maka hari ni saya bawa lah contohnya...riuh rendah buat pesanan...
Terima kasih kekawan.... tanpa kekawan siapa lah Rona Makmur ni... Selamat Menyambut Ramadan...
Posted by anna zue at 3:57 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
SELAMAT HARI IBU
Posted by anna zue at 1:22 PM 0 comments
Friday, May 8, 2009
BIAR KU PERGI
Aku tahu tak punya jasa
Untuk di ingat atau di kenang
Kerena itu aku merasa
Baik lah pergi melangkah hilang
Usah berpura engkau gelisah
Merasa sedih aku tinggalkan
Aku tahu masa berpisah
Bagi mu ia jadi impian
Nasib tidak aku sesali
Mikian retak di tapak tangan
Biarlah lepas tidak bertali
Darikan hanyut di angan-angan
Andaikan kita tidak bertemu
Engkau dah jauh dari sisi ku
Anggap lah ini semua bagi mu
Ada lah takdir bagi diri ku
Posted by anna zue at 6:14 PM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
QALLAMULLAH
QALLAM ILAHI
Tersusun Indah Qallam Nya…
Indah Syahdu bila di dengar
Lembut lidah selalu di baca..
Alunannya di minda segar...
Bertapa kerdil dengan rahma Nya
Ku sujud syukur dengan rela
Moga bimbingan dalam barkah Nya...
Agar tidak diri tercela..
Qallam di fahami membawa arti
Boleh mengubat jiwa dan hati
Semua adalah hak Nya hakiki..
Kita di pinjam untuk berbakti
Selagi nafas belum berhanti
Walau pun disana tetap menanti...
Tetapkan iman ku kekal abadi..
Dalam Munajad doa ku pinta
Mati ku biarlah dengan Qallam Nya jua...
Walau pun diri ku hanya tinggal nama
Pinta ku pada Mu yang Maha Esa
Biar lah Qallam Mu menjadi teman setia...
Untuk warisan ku dan juga bangsa
Sebagai panduan Dunia dan Akhirat jua…
Posted by anna zue at 12:04 PM 0 comments
Thursday, April 30, 2009
AMANAH ALLAH
Harta yang tidak ternilai di anugerahkan oleh Allah pada mama ... mama bersyukur....
Tapi berlainan dengan Dik Am, bila di sapa (usik) senyum je...menampakkan mata nya lagi sepet..cam apek... kalau pasal main bola...hehehe...bola yang kejar dia..tapi boleh main muzik ada kumpulan nya sendiri dia sebagai 'bass guiter' dan yang satu lagi tidak ketinggalan sitembam Alin.
Alin yang bungsu dari empat beradik ni......lain tak, asik dengan lagu Korea dia je....dengan fesyen terkini nya...cita-cita nak jadi pereka fesyen...kalau boleh semua nak ikut macam Korea..fesyennya makanannya nak pergi kelas bahasa Korea juga...hai...tak tahu lah..kalau beli CD lagu Korea tu...habis beratus-ratus duit di kerja kan....ada lah kena sponser tu...kalau pergi kelas piano...suruh cik gu ajar juga lagu Korea..itu lah anak-anak...
Posted by anna zue at 5:48 PM 0 comments
PINTA DAN DOA (EL-SURAYA)
OH TUHAN KU YANG TELAH JADI KAN
DIRI KU DARI SEGUMPAL DARAH
ENGKAU JUGA YANG MEMATIKAN
MENILAI AMAL KU WALAU SEZARAH
JIKA ENGKAU HIDUP DAKU
AKU MENGHARAP PERLINDUNGAN
BILA ENGKAU MATI KAN DAKU
AKU BERMOHON KEAMPUNAN
AMPUNI DOSA DUA IBU BAPA KU
LAPANGLAH MEREKA DALAM PUSARA
AKHIRNYA KINI AKU MEMINTA
PADA MU TUHAN YANG MAHA KAYA
LINDUNGI TANAH AIR TERCINTA
DARI SEGENAP MARA BAHAYA
Posted by anna zue at 4:27 PM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
HANYA TINGGAL KENANGAN
Posted by anna zue at 1:12 PM 0 comments
Wednesday, April 22, 2009
INDAHNYA BAHASA
BETUL KAN NIAT MU
Nawaitu (Rabbani)
Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketelusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan DariMu Tuhan...Ku
Posted by anna zue at 12:54 PM 0 comments
Tuesday, April 14, 2009
KHASIAT BUAH KURMA
BUAH YANG DI SEBUT DALAM AL-QURAAN
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Posted by anna zue at 5:28 PM 0 comments
WARNA-WARNA PERMATA DALAM TUBUH
Batu permata asli atau semulajadi mempunyai kegunaan untuk terapi kesihatan (Perubatan Alternatif) berbeza dengan batu permata buatan atau sintetis yang hanya berguna untuk perhiasan saja. Berdasarkan pancaran warna permata dari Shumann Meridian Frequency
Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit.
7 MERIDIAN DALAM TUBUH
7 meridian ini bermula dari bawah iaitu bermula dari anggota seks hingga ke atas kepala iaitu di ubun-ubun kepala.
Untuk kaedah rawatan anda perlu memakai gelang seperti biasa di tangan dan letakkan di bahagian bermasalah berpandu kepada penyakit yang dilampirkan. Gelang boleh diletakkan di atas Meridian 1 hingga 7 terus di atas kulit atau di bawah pakaian jika perlu. Serapan getaran warna adalah lebih berkesan jika bersentuhan dengan kulit.
kristal berkenaan.
MERIDIAN 1 : WARNA MERAH
Jenis Batu Permata/Kristal:
Keterangan :
Kegunaan Terapi:
Digunakan Untuk Merawat :
MERIDIAN 2 : WARNA ORANGE
Jenis Batu Permata/Kristal:
Keterangan:
Warna untuk kesehatan, kegembiraan dan motivasi.
Kegunaan Terapi:
a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
Digunakan Untuk Merawat :Kencing manis, Jerawat, Gout, Gastrik, Lemah minda dan lembab pemikiran, Sakit sendi/arthritis/rheumatism, Masalah hati/Hepatitis, Batu Karang, Sakit buah pinggang, Barah
MERIDIAN 3 : WARNA KUNING
Jenis Batu Permata/Kristal:
Keterangan:
Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)
Kegunaan Terapi:
a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
Digunakan Untuk Merawat :Sembelit/Angin dalam perut/Sakit perut,Gastrik,Masalah hati/Hepatitis,Sakit Kepala (migraine)
MERIDIAN 4 : WARNA HIJAU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Keterangan :
Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas
Kegunaan Terapi:
a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
Digunakan Untuk Merawat :Darah tinggiGastrikResdungSakit sendi/arthritis/rheumatism,Masalah hati/Hepatitis, Barah
MERIDIAN 5 & 6 : WARNA BIRU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Keterangan:
Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.
Kegunaan Terapi:
a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.
Digunakan Untuk Merawat :Darah tinggi,Gout,Resdung,Jantung, Sakit sendi/arthritis/rheumatism, Sukar tidur (insomnia), Masalah hati/Hepatitis, Buasir (hemorrhoid)
Keterangan:
Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.
Kegunaan Terapi:
a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut.
WARNA YANG MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN SECARA MENYELURUH
WARNA PUTIH
Jenis Batu Permata atau Kristal:
Keterangan:
Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit
Kegunaan Terapi:
a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan mindab) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak penyembuhan.c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-apa kesan.
Digunakan Untuk Merawat :
Berguna untuk menguatkan semua organ seperti:- Pundi Buah Pinggang Gastrousus Tulang Kelenjar Sistem Otot SarafSistem Imuniti Hematite.
Jenis Batu Permata/Kristal:Hematite.
Keterangan :
Kegunaan Terapi:
Digunakan Untuk Merawat : Sakit sendi Mengurangkan berat badan Merangsang kesihatan secara am.
Bagi mereka yang mempunyai gabungan pelbagai jenis penyakit atau penyakit yang memerlukan rawatan kesemua kategori warna, perlu menggunakan gabungan ketujuh-tujuh jenis warna berikut dan letakkan di setiap meridien selama 20 minit setiap meridian.
Untuk merawat :
Posted by anna zue at 11:53 AM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
DARI MATA TURUN KE HATI
SAYANGI MATA ANDA
Komplen tentang masalah mata disebabkan penggunaan komputer mmg bnyk la kita dengar... Kebanyakan orang kat ofis, student yang banyak workload computer mengadu pelbagai simptom seperti kabur penglihatan, silau, pening dan sakit di sekeliling bebola mata...
Simptom2 ini boleh mengakibatkan produktiviti terjejas, keletihan pada tubuh badan serta seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam melakukan kerja2 komputer...Untuk post kali ini saya nak bagi tips2 yang mungkin berguna untuk pengguna komputer bagi mengelakkan keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlebihan...
Para majikan juga boleh mengambil perhatian di sini untuk memantau keadaan persekitaran tempat bekerja untuk menentukan suasana ruang pejabat adalah dalam keadaan optimum untuk penggunaan komputer..Ini untuk meminimumkan berlaku nye Sindrom Penglihatan Komputer (SPK) kepada pekerja2....
Dapat kan tajuk-tajuk penting mengenai penjagaan mata...agar sihat sentiasa.
Sila ke : http://truskemata.blogspot.com/
Atau : http://www.naturallyplus-bicaramata.blogspot.com/
Atau hubungi : 012-3800109 Rona Beauty
Posted by anna zue at 3:05 PM 0 comments
SAYANGI MATA ANDA
Komplen tentang masalah mata disebabkan penggunaan komputer mmg bnyk la kita dengar... Kebanyakan orang kat ofis, student yang banyak workload computer mengadu pelbagai simptom seperti kabur penglihatan, silau, pening dan sakit di sekeliling bebola mata...
Simptom2 ini boleh mengakibatkan produktiviti terjejas, keletihan pada tubuh badan serta seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam melakukan kerja2 komputer...Untuk post kali ini saya nak bagi tips2 yang mungkin berguna untuk pengguna komputer bagi mengelakkan keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlebihan...
Para majikan juga boleh mengambil perhatian di sini untuk memantau keadaan persekitaran tempat bekerja untuk menentukan suasana ruang pejabat adalah dalam keadaan optimum untuk penggunaan komputer..Ini untuk meminimumkan berlaku nye Sindrom Penglihatan Komputer (SPK) kepada pekerja2....
Dapat kan tajuk-tajuk penting mengenai penjagaan mata...agar sihat sentiasa.
Posted by anna zue at 3:00 PM 0 comments
Monday, April 6, 2009
TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK
Sifat Pertama : Dusta
Ke-2 : Khianat
Ke-3 : Fujur dalam Pertikaian
Ke-4 : Ingkar Janji
Ke-5 : Malas Beribadah
Ke-6 : Riyak
Ke-7 : Sedikit Berdzikir
Ke-8 : Mempercepat Shalat (Tergesa-gesa)
Ke-9 : Mencela Orang-Orang yang Taat dan Sholeh
Ke-10 : Memperolok Al Qur’an, As Sunnah, dan Rasulullah saw
Ke-11 : Bersumpah Palsu
Ke-12 : Enggan Berinfaq
Ke-13 : Tidak Memiliki Kepedulian terhadap Nasib Kaum Muslimin
Ke-14 : Suka Menyebakan Kabar Dusta
Ke-15 : Mengingkari Takdir
Ke-16 : Mencaci maki Kehormatan Orang-Orang Sholeh
Ke-17 : Sering Meninggalkan Shalat Berjamaah
Ke-18 : Membuat Kerusakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Ke-19 : Tidak Ada Kesesuaian antara Zhahir dengan Batin
Ke-20 : Takut Terhadap Kejadian Apa pun
Ke-21 : Berudzur dengan Dalih Dusta
Ke-22 : Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kema’rufan
Ke-23 : Bakhil
Ke-24 : Lupa Kepada Allah SWT
Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Ke-26 : Lebih Memperhatikan Zhahir, Mengabaikan Batin
Ke-27 : Sombong dalam Berbicara
Ke-28 : Tidak Memahami Ad Din
Ke-29 : Bersembunyi dari Manusia dan Menantang Allah dengan Dosa
Ke-30 : Senang dengan Musibah yang Menimpa Orang-Orang Beriman dan Dengki Terhadap Kebahagiaan Mereka
Dusta..
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."(QS. Al Baqarah : 9-10).
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta." (QS. Al Munafiqun: 1)
Posted by anna zue at 4:59 PM 0 comments
Friday, March 6, 2009
RONA MAKMUR
Nostalgia….bermula dari tahun 1988….h/raya hampir tiba...seperti basa kekawan mula membuat tempahan kueh mueh raya ni...termasuk lah kueh makmur..ada sorang kakak di tempat kerja, katanya pandai membuat kueh ini...ramai lah yg membuat tempahan ...sampai lah masa nak mengambil dan membayar….kesian.. kuehnya tidak dapat di siapkan…..ramai lah yang sedih...konon nak makan dan nak hadiah kan kebada bonda di kg…
Saya malas nak buka cerita yang emak saya pun pandai buat kueh makmur ini..resepi dari nenek (turun temurun)...kerana kesiankan kekawan saya buka mulut juga pada sesiapa yg nak membuat tempahan kueh makmur mak saya….tapi kueh tu di beri selepas raya…bila balik semula bekerja. Mereka gembira dan setuju...
Semasa balik beraya saya minta emak saya membuat nya ...tapi di tolak...kata mak, saya kena belajar buat sendiri...ala hai...kerana kesian kan kekawan saya terpaksa membuatnya…. Emak hanya ajar sampai saya di katakan mahir…
Sejak hari itu sehingga sekarang kueh makmur saya sentasa mendapat tempahan…….
Posted by anna zue at 11:32 AM 0 comments